Assalamualaikum,,,,kali
ini saya akan memaparkan mengenai kisah sedih seorang yang hidup ‘tanpa muka’. Beliau adalah Mohammad
Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India.
Berat mata memandang berat
lagi bahu yang memikul, kata2 ini mungkin dapat mengungkap keperitan hidup yang
sedang dialami oleh latif pada ketika ini. Sejak kecil lagi beliau menerima
penghinaan dan sering dibuli kerana keadaan wajahnya itu.
“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan
saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung.
Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si
mata satu.’”
Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada
mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan
menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.
Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan
menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan. Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi
begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.
Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak
masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan
mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan. “Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang
lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”
Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25)
sehari dengan mengemis. “Pernah tiga
gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup
mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya. “Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat
kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa
bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.
Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya.
Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi
tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar
mengenai Salima.
“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah
lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.
“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta
untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,”
katanya.
Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400
tetamu hadir pada majlis itu. Sejak itu,
pasangan berkenaan hidup bahagia dan isterinya diberitakan sudah hamil 7 bulan,
Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah
sepertinya.
“Saya tidak sabar untuk
menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya
sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan
seperti saya,” katanya.
Tetapi kini latif sudah mampu menarik nafas lega apabila isteri beliau diberitakan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama bagi mereka dan bayi tersebut lahir dalam keadaan normal.
Menurutnya lagi “Ibu saya masih menangis setiap kali melihat
saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib
itu.”
Oleh itu, saya ingin
menasihatkan kepada kawan2 dan khususnya diri saya supaya bersyukur dengan
segala nikmat yang kita kecapi selama ini…sekian terima kasih,,,,jangan lupa
komen ya,,,huhuhuhuhuhu…