TAMAN TERKUTUK DI JEPUN
Taman inokashira merupakan sebuah
taman yang begitu indah di jepun tetapi di sebalik keindahannya tersimpan
seribu rahsia yang aneh.Sedikit info mengenai taman ini, Taman ini terletak di
antara musashino dan mitaka di sebelah barat Tokyo, jepun.
Tanah ini dusumbangkan oleh Tokyo
pada tahun 1913 dan pada 1918 tanah ini dirasmikan oleh Inokashira. Terdapat sebuah kuil kecil yang terdapat di
taman ini bagi tujuan memuja Benzaiten. Benzaiten merupakan nama jepun bagi
Dewi Saraswati dalam kepercayaan hindu.
Benzaiten diyakini merupakan dewa yang sangat cemburu dan akan memutuskan
hubungan pasangan kekasih yang menaiki perahu di tasik yang terdapat di taman
ini.
Taman ini mempunyai suasana yang
sangat damai dan sesuai sekali jika bersama kekasih hati. Namun begitu, perkara
itu mungkin mustahil di lakukan di taman ini kerana mengikut kisah tentang
taman ini apabila seorang membawa kekasih menaiki perahu bersama-sama mereka
maka hubungan mereka akan segera putus sebaik saja pulang dari taman ini. Ini kerana
mengikut kepercayaan shinto Benzaiten merupakan seorang dewa wanita dengan nama
Ichikishima-hime-no-mikoto
No comments:
Post a Comment