BAYI TANPA TEMPURUNG KEPALA



Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang dilahirkan tidak sempurna sifat,,,?? Tapi itulah dugaan dalam kehidupan yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu bernama Euis seorang penduduk Desa Sinarjaya Kecamatan Sungailiat Pulau Bangka Indonesia yang telah melahirkan bayi tanpa memiliki tempurung kepala dan bayi tersebut sedang dirawat dalam incubator.



Dikhabarkan perkara pelik pada kandungan telah dirasakan Euis ketika kandungannya berusia tujuh bulan. Menurut adik Euis yang  bekerja sebagai bidan di Desa Simpangrimba, kandungan kakaknya kelihatan kecil dan ketika dibuat pemeriksaan, beliau mendapati terdapat ruang kosong pada kandungan akanya itu..


"Biasanya kandungan yang memasuki tujuh bulan itu sudah penuh, tapi kok ini banyak ruang kosongnya," kata Euis menirukan ucapan  adiknya.

Kerana bimbang terhadap janin yang dikandungnya, Euis telah membuat pemeriksaan lebih lanjut di hospital kerana  beliau perlu menjalani pemeriksaan USG bagi mendapat kepastian mengenai keadaan bayi dalam kandungan beliau..pada masa itu jagalah dia diberitahu oleh doctor bahawa anak dalam kandungannya ada susfect kelainan di kepala.,


Mengikut  Euis lagi "Kata doktor, kandungan saya terkena virus tokso, yang menyerang tempurung kepala bayi. Saya akan melahirkan bayi tanpa tempurung kepala dan biasnya bayi tidak bertahan lama," ungkap Euis menirukan penjelasan doktor.

Menurut doktor tersebut, virus tokso (toxoplasma) dibawa dari haiwan seperti, kucing, anjing dan ayam. Doktor sempat menanyakan pada Euis, apakah memelihara kucing. "Saya jawab enggak. Tetapi banyak anjing liar di sekitar tempat tinggal saya, tidak terhitung berapa jumlahnya," ujar Euis.



Euis dan suaminya Pella (35), hanya mampu berdoa dan pasrah atas nasib anak kedua mereka. Pasangan suami isteri ini cukup sabar menghadapi kenyataan yang menimpa keluarganya.

"Saya menginginkan yang terbaik untuknya. Kami tidak menyalahkan haiwan liar atau siapapun, ini sudah kehendak Yang Maha Kuasa," ujar Pella lirih.

Pella merancang bagi membuat pemeriksaan  darah isterinya untuk melihat apakah masih ada virus tokso yang menjadi penyebab bayinya lahir tanpa tempurung kepala. Menurut beliau lagi “Saya berbuat demikian untuk masa depan keluargaanya dan tidak ingin perkara ini berulang lagi”.


No comments:

Post a Comment