1.0 Pengenalan
Pendidik atau guru adalah kerjanya mengajar (Kamus Dewan Edisi Empat, 2007), di mana secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar di sekolah dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan pengaruh melalui kepakaranya serta lebih mengenali pelajarnya. Dalam Bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris, yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib, al-Mursyid. Al-mu’allim bermaksud menyampaikan ilmu yang benar.
Dalam memastikan saya dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi warganegara. Oleh itu, dalam memastikan segala kerja buat saya lebih efisien dan mencapai matlamatnya saya akan melaksanankan kegiatan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Mewujudkan Budaya ICT kepada pelajar. Saya juga cuba mencemerlangkan diri saya dalam pelbagai bidang untuk memastikan saya dapat memberi khidmat terbaik kepada pelajar kerana saya perlu menjadi role model kepada pelajar. beberapa langkah proaktif telah saya ambil.
Saya banyak mengikuti kursus dalam pelbagai bidang demi memantapkan kemahiran dan pengetahuan saya di samping meningkatkan motivasi bagi menghasilkan sebarang keputusan yang lebih baik. Saya juga dianugerahkan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang ramai yang boleh saya manfaatkan sepenuhnya. Saya sering berbincang dengan rakan-rakan yang arif dan berkemahiran dengan mengukuh dan memperkaya kemahiran dan pengetahuan saya.
2.0 Langkah
Pendidikan
2.1 Fizikal dan Estetika
Dalam menjana insane yang harmonis dan seimbang dalam kalangan pelajar, saya menjadikan tugas saya iaitu sebagai seorang guru sebagai medium. Dalam menjana pelajar yang berpengetahuan dan intelektual yang merupakan ciri minda kelas pertama, saya menggunakan kaedah percambahan minda atau slot brainstorming. Saya mengemukakan soalan-soalan yang mumpu meningkatkan pengatahuan dan tahap penilaian mereka seperti siapakah perdana menteri Malaysia, apakah rukun Negara, sebutkan nama negeri-negeri di seluruh Malaysia. Mereka akan mengeluarkan pendapat apabila disoal secara spontan. Keadaan ini menjadikan mereka sentiasa bersedia dengan pengetahuan dalam pelbagai isu yang akan diajukan kepada mereka. Selepas itu saya akan mengemukakan pendapat bagi memberi ulasan atau penggulungan bagi setiap pendapat yang dikemukakan. Hasil daripada aktiviti ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai penmgetahuan yang luas dalam bidang-bidang tertentu dan secara langsung dapat mematangkan mereka dengan lebih cepat berbanding usia sebenar mereka iaitu 4 dan 5 tahun. Suatu masa nanti mereka akan menjadi pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dengan lebih efisien dan cepat. Apabila mereka beerpengetahuan dan mempunyai daya intelektual yang tinggi, mereka akan mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan negara.
Melalui pembelajaran tunjang fizikal dan estetika juga saya berjaya melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis. Saya dikenali oleh pelajar-pelajar saya sebagai salah seorang guru yang mengamaalkan kaedah pengajaran Mestamu (Melodi sajak tanpa muzik). Pelajar diminta memainkan alat improvisasi bagi mengiringi nyanyian dengan di bimbing oleh saya bagi pelajar berumur 4 tahun dan bagi pelajar berumur 5 tahun pula mereka perlu memainkan alat improvisasi bagi menghasilkan musik atau mengiringi nyanyian dibawah bimbingan saya. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan merangsang pelajar menjadi lebih kreatif dan kritis kerana mereka berupaya mengadaptasi musik dengan baik. Saya akan memberikan hadiah sama ada berupa wang ringgit atau hadiah-hadiah lain seperti pen kepada pelajar yang berjaya menyampaikan musik tersebut dengan baik. Selain itu, saya juga telah menerapkan nilai-nilai kreatif menerusi drama yang memerlukan para pelajar melakukan satu bentuk lakonan dan gerakan kreatif bagi menghasilkan sebuah drama yang menarik. Hal ini memerlukan para pelajar berusia 4 tahun untuk berlakon dengan menggunakan props iaitu menggunakan pakaian seperti scarf, pakaian seragam, puppet dan bagi pelajar yang berumur 5 tahun pula, mereka perlu menghasilkan bunyi untuk memberi kesan kepada situasi seperti cerita dan puisi. Bagi meningkatkan lagi tahap kreatif pelajar, saya akan meminta mereka untuk menzahirkan idea dalam menghasilkan karya yang juga dikenali sebagai Ekspirasi kreatif. Menerusi aktiviti ini saya meminta para pelajar yang berusia 4 tahun membuat corak dan rekaan yang mudah tetapi kreatif melalui pelbagai aktiviti berbeza dengan pelajar yang berumur 5 tahun yang perlu menghasilkan karya yang menggabungjalinkan pelbagai teknik menggambar. Melalui aktiviti sebegini sedikit sebanyak mampu memupuk atau membentuk seorang pelajar yang berfikiran kreatif dari seawall usia 4 tahun. Harapan saya pada masa hadapan anak-anak didik saya mampu menjadi modal insane yang mampu menghasilkan sesuaatu dengan menggunakan sumber yang ada demi kepentingan semua pihak seperti Steve Lewenhook yang hanya seorang pedagang gelas tetapi mampu mencipta mikroskop. Apabila mereka keatif dan kritis maka mereka juga mempunyai focus atau mempunyai matlamat yang jelas dalam menghasilkan sesuatu.
2.2 Kokurikulum
Sebagai seorang guru, aktiviti kokurikulum akan dilakukan bersama anak murid saya hampir setiap hari bagi memastikan tahap kecergasan para pelajar. Hal ini kerana para pelajar yang memiliki tahap kecergasan yang tinggi mampu untuk membentuk dan meningkatkan pemikiran yang lebih cerdas. Jadi bagi Saya seorang guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar saya untuk menyertai dan melibatkan diri dalam bidang sukan. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan penglibatan anak murid saya dalam aktiviti sukan agak menonjol. Saya juga berjaya melahirkan pelajar patriotic dan bersemangat juang tinggi yang dikatakan sebagai antara ciri minda kelas pertama melalui penglibatan anak murid saya dalam pelbagai bidang sukan. Semasa saya menjalankan aktiviti sukan bersama mereka saya sering memberi motivasi kepada mereka dengan menceritakan mengenai kejayaan jaguh sukan Negara dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa bagi memupuk semangat mereka.
Selain itu, melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah, saya dapat melihat bakat anak-anak murid saya yang mampu bersaing dengan pelajar dari sekolah lain di seluruh daerah. Oleh sebab itu, saya telah mengajar mereka dan membawa mereka ke pertandingan peringkat daerah. Hasilnya murid-murid saya telah Berjaya memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan. Semua kejayaan tu adalah hasil daripada motivasi saya supaya mereka dapat bermain dengan bersungguh-sungguh demi manaikkan nama sekolah, daerah, dan seterusnya negeri dan Negara pada masa hadapan sekiranya mereka mampu mengaplikasikan semangat ini sehingga dewasa.
Mereka juga tidak mudah mengalah dan mempunyai semangat juang yang tinggi Saya mahukan anak didik saya patriotic seperti Kamikaze yang sanggup mati demi Negara Jepun dan mereka seharusnya berpegang kepada prinsip biar putih tulang jangan putih mata. Buktinyaa nyata apabila Wan Hafizullaah bin wan Mnsor yang pernah mewakili negara dalam hoki telah berjaya melamjutkan pelajarn ke Ireland dalam bidang perubatan dan kini bliau telah kembali ke tanah air untuk berbakti sebagai doctor di Negara sendiri. Apabila mereka bersemangat patriotic, mereka mempunyai kesedaran kendiri yang utuh bahawa mereka amat bertuah memilik Negara yang bernama Malaysia jika dibandingkan dengan Negara-neegara lain yang huru-hara.Harapan saya pada masa hadapan mereka akan menjadi pemimpin yang mampu memberikaan idea-idea yang bernas untuk kemajuan Negara. Saya mahukan pelajar saya menjadi seperti Tun Dr mahathir yang mampu memberikan idea yang bernas demi kemajuan Negara.
2.3 Meningkatkan tahap kebolehan komunikasi
terhadap pelajar
Tugas saya dalam menjana pelajar yang berguna, sempurna dan menjadi warganegara yang baik tidak terhenti di situ sahaja kerana banyak lagi yang perlu saya lakukan sebagai seorang guru terhadap pelajar saya bagi mencapai hasrat tersebut. Sebagai seorang guru peringkat awal kanak-kanak saya perlu memastikan kebolehan komunikasi dikalangan pelajar saya berada di tahap yang memberangsangkan. Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah Bagi pelajar yang baru berusia 4 hingga 5 tahun memang tidak boleh dinafikan mempunyai masalah dalam berkomunikasi kerana mereka masih belajar untuk bertutur dengan betul. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab saya bagi mengajar mereka bertutur dengan betul dan memahami percakapan dan arahan yang diberikan. Untuk tujuan itu, saya telah mendidik para pelajar saya dengan sukatan pembelajaran yang disediakan oleh pihak kemas yang diyakini mampu meningkatkan tahap pertuturan para pelajar dalam berkomunikasi. Dalam menjalankan sukatan pelajaran ini saya telah menggunakan pelbagai teknik dan cara yang sesuai bagi pelajar berusia 4 hingga 5 tahun iaitu saya penekanan terhadap 3 kemahiran berkomunikasi seperti kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang perlu saya beri keutamaan dalam mengajaran saya. Saya telah menggunakan teknik soal jawab dengan pelajar yang para pelajar berdasarkan tema, minat dan situasi semasa secara spontan dan melafazkan pantun yang mudah secara berirama kepada pelajar yang berusia 4 tahun dan membuat sesi soaljawab dengan ayat yang mudah dan melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
Seterusnya ialah kemahiran membaca, saya telah menggunakan beberapa teknik yang boleh memudahkan proses pembelajaran pelajar dalam mencapai tahap yang ditetapkan. Teknik pertama yang saya gunakan ialah membaca secara kuat. Membaca secara kuat adalah aktiviti yang berfaeadah bagi mempertingkatkan ketepatan pembacaan dan juga kelancaran membaca kanak-kanak. Seterusnya ialah kaedah membaca secara bergilir-gilir. Melalui kaedah ini saya akan memberi teks yang sama kepada semua pelajar dan menyuruh mereka membaca ayat yang mudah secara bergilir-gilir. Teknik ketiga ialah membaca secara berirama. Bacaan berirama adalah teknik membaca bersama-sama secara berkumpulan. Untuk membaca secara berirama, murid-murid menggunakan buku yang sama ataupun dapat melihat bahan bacaan dengan jelas semasa membaca. Pemilihan buku perlu sesuai iaitu teksnya tidak terlalu panjang dan sepadan dengan tahap pembacaan murid. Buku yang berunsur penekaan dan pengulangan seperti bahan berbentuk puisi amat sesuai digunakan kerana mudah untuk dibaca oleh murid. Saya akan menunjuk cara bacaan yang lancar terlebih dahulu kemudian bacaan diikuti oleh murid secara beramai-ramai. Teknik seterusnya adalah membaca secara berpasangan. Teknik ini memerlukan pelajar untuk membaca secara berpasangan, murid yang lancar boleh dipasangkan dengan murid yang kurang lancar. Kebaikan aktiviti ini ialah kanak-kanak yang lebih lancar akan membantu dalam mengecam perkataan, memberi respon dan galakan terhadap bacaan pasangannya. Murid yang lemah dan kurang lancar pula akan berlatih membaca sehingga memperolehi kelancaran. Hasil daripada kesemua teknik yang saya praktikkan kepada murid-murid saya, saya dapat melihat perubahan yang memberangsangkan terhadap tahap kemahiran membaca mereka daripada semasa ke semasa. Menerusi kaedah-kaedah ini, para pelajar saya juga telah mencapai kejayaan dan pencapaiaan yang memberangsangkan dalam pertandingan bercerita bahasa melayu dan juga inggeris di peringkat daerah dan juga salah seorang dari pelajar saya telah mewakili daerah dalam kejohanan bercerita peringkat negeri.
Selain itu, saya juga telah mempraktikkan kemahiran menulis terhadap para pelajar saya. Kemahiran menulis juga penting dalam membentuk seorang pelajar yang cemerlang. Bagi kemahiran menulis sukatan pelajaran yang perlu saya gunakan terhadap para pelajar saya ialah mereka perlu menulis huruf kecil dengan cara yang betul bagi pelajar yang berusia 4 tahun dan menyalin perkataan dengan cara yang betul bagi pelajar berusia 5 tahun. Jadi lengkaplah 3 kemahiran yang terdapat dalam cara komunikasi yang perlu saya ajarkan terhadap para pelajar saya dalam usaha membentuk pelajar yang cemerlang selaras dengan matlamat pendidikan Malaysia. Saya juga berharap pelajar-pelajar menggunakan ilmu yang saya berikan untuk lebih maju dan dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana setiap seorang yang Berjaya dalam kehidupan merupakan seorang yang mampu berkomunikasi dengan baik dan bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang membaca. Bagi membentuk jati diri dan semangat mereka, saya selaku guru telah memberi sedikit rangsangan berbentuk penceritaan mengenai pemimpin Negara yang telah berjaya menerpa nama dalam bidang masing-masing.
2.3 Penjagaan kesihatan
Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, saya perlu memberi pendidikan mengenai penjagaan kesihatan iaitu menerusi subjet fizikal dan estetika yang menerangkan mengenai kepentingan penjagaan diri dalam kehidupan seharian. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang boleh menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di tadika kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensil atau berus untuk menulis, melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Selain itu, pelbagai langkah-langkah yang perlu diambil oleh para pelajar bagi menghalang penyebaran kuman yang boleh menyebabkan pelajar mengalami masalah kesihatan. Pendidikan di tadika menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Kemahiran ini digunakan oleh para pelajar iaitu dalam pelbagai lagi aspek kehidupan seperti memegang sudu dan garfu, memakai butang pada pakaian, menjahit, menggunakan komputer, mendail pada telefon dan banyak lagi. Oleh itu,saya perlu mengajar kepada mereka cara menggunakan jari untuk mengoyak bebas, menggunakan tangan untuk renyuk kertas dan meramas. Seterusnya ialah kemahiran kesihatan fizikal iaitu kemahiran menjaga kebersihan diri. Kemahiran ini memerlukan saya untuk mengajar para pelajar saya mengamalkan cara menjaga kebersihan diri dengan betul, menggosok gigi dengan cara yang betul, cara mencuci tangan yang boleh dibuat semasa waktu makan, selepas ke tandas, dan selepas bermain. Seterusnya adalah aspek keselamatan, saya akan meminta para pelajar menyatakan objek atau bahan yang boleh mendatangkan bahaya, menjalankan simulasi semasa menghadapi situasi bahaya dengan menggunakan langkah-langkah seperti menjerit, lari dan memberitahu orang tua dan menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.
Aspek seterusnya adalah kesihatan persekitaran yang memerlukan para pelajar mempelajari kebersihan pakaian, membersihkan sapu tangan dan sarung kaki dan membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan. Selain itu, saya juga sering menekankan mengenai kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat bagi para pelajar dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan para pelajar. Hal ini kerana melalui pemakanan yang berkhasiat dan seimbang para pelajar mampu memporoleh banyak nutrient seperti vitamin, mineral, protein dan karbohidrat yang membantu pertumbuhan kanak-kanak dan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian serta membolehkan sistem-sistem di dalam badan berfungsi dengan sempurna. Murid-murid yang mendapat cukup zat makanan dan dalam keadaan persekitaran yang baik juga akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum. Hal ini amat penting bagi memastikan seorang pelajar membesar dengan mencapai tahap kesihatan dan kecerdasan otak yang tinggi bagi membantu mereka menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
2.4 Sains
dan Teknologi
Dalam melahirkan para pelajar yang seimbang dan sempurna dalam pelbagai bidang pembelajaran sains dan teknologi tidak boleh diketepikan dalam sukatan pelajaran awal kanak-kanak. Hal ini kerana subjek sains dan teknologi sangat penting dalam kehidupan pada zaman ini dan merupakan satu bentuk ilmu yang memerlukan kita berfikir secara menyeluruh tentang apa yang terjadi disekeliling kita. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan bahawa sains dan matematik merupakan satu subjet yang paling penting untuk diajarkan kepada setiap murid. Bagi pengajaran matematik pada peringkat awal saya akan mendedahkan para pelajar dengan bentuk dan ruang dengan meminta mereka menyatakan kedudukan sesuatu objek dalam ruang sama ada depan, belakang, atas, bawah, atau dalam dan mengenalpasti anggota badan kiri dan kanan. Seterusnya ialah konsep waktu, iaitu saya akan membantu para pelajar untuk memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian dengan meminta para pelajar menyatakan waktu untuk menjalankan aktiviti dan menyatakan bilangan hari dalam seminggu. saya juga mengajar para pelajar saya bagi menentukan nilai mata wang yang berlainan nilai dan member jumlah wang yang tepat dalam situasi jual beli. Melalui semua ilmu matematik yang saya berikan kepada para pelajar saya mengharapkan supaya para pelajar akan menjadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang merupakan seorang ahli perniagaan yang Berjaya dan banyak berjasa kepada Negara, bangsa dan agama.
Selain itu, ilmu sains juga turut diajar dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. ilmu sains yang memerlukan pemikiran yang luas terhadap persekitaran akan membantu para pelajar meningkatkan perkembangan minda mereka. Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai kanak-kanak didapati adalah dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, idea mungkin nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan idea mereka agak mantap dan agak sukar untuk diubah. Saya perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli sains. Oleh itu, saya akan melatih mereka berfikir perkara yang berlaku di sekeliling mereka seperti meneroka bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih. Saya akan meminta pelajar untuk membandingkan daun berdasarkan bentuk, saiz dan juga warna disamping memerhati dan merekodkan proses percambahan biji benih dan pertumbuhan anak benih dari segi ketinggian dan pertambahan daun. Selain itu, bagi menarik lagi minat para pelajar, saya akan menunjukkan eksperimen yang saya hasilkan supaya menjadi perangsang kepada mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang sesuatu kejadian di sekeliling mereka. Saya juga turut memberi tunjuk ajar kepada murid-murid berkaitan penggunaan teknologi. Seperti yang kita sedia maklum penggunaan teknologi begitu pending dalam kehidupan masa kini kerana dapat membantu manusia dan memudahkan urusan manusia. Oleh itu, saya sering memberi pendedahan kepada para pelajar saya cara menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan pembelajaran. Saya akan meminta menyuruh mereka bagi menggunakan teknologi yang mudah dibawah pemerhatian saya seperti menggunakan tetikus, menekan suiz untuk menggunakan radio, dan menukar siaran televisyen. Saya berharap menerusi penerapan ilmu teknologi maklumat ini dapat membantu para pelajar dalam menjadi seorang yang berguna kepada Negara. Saya juga ingin melihat kanak-kanak yang merupakan generasi muda ini akan membangun selaras dengan kemajuan teknologi terkini dan menjadi pencipta kearah pembanggunan Negara yang maju dan berteknologi tinggi pada suatu hari nanti.
2.5 Kemanusiaan
Pembentukan pelajar yang sempurna daripada pelbagai aspek juga memerlukan penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan perilaku yang terpuji. Perbentukan nilai-nilai kemanusiaan memang seharusnya dilakukan dari usia muda bagi memudahkan penyerapan nilai ini ke dalam jiwa setiap pelajar seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Melalui subjet ini saya akan cuba menerangkan beberapa faktor penting yang harus mereka lakukan dan ketahui menlingkupi semua yang berkaitan dengan diri mereka dalam meningkatkan jati diri yang tinggi seperti pemahaman mengenai diri, keluarga, rakan, sekolah, komuniti, alam sekitar, warisan budaya, dan Negara. Bagi memastikan mereka mengenali siapa diri mereka sebenarnya saya akan meminta mereka supaya memberitahu tentang umur, jantina, bangsa, hobi dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Saya juga akan menyoal ahli keluarga yang terdekat dan gelaran ahli keluarga yang terdekat. Seterusnya saya akan meminta mereka bagi menceritakan mengenai rakan-rakan mereka yang paling akrab disamping menceritakan mengenai persekitaran di kawasan sekolah. Selain itu, menerusi subjet ini saya akan menyerapkan nilai-nilai murni tentang kepentingan bergaul mesra dengan masyarakat dan amalan tolong menolong sesama masyarakat setempat. Kepentingan menjaga alam sekitar juga amat dititikberatkan oleh saya iaitu bagi melahirkan perasaan cinta akan keindahan alam sekitar dengan menceritakan kepentingan alam sekitar yang bersih dan indah terhadap kehidupan manusia. Saya juga akan menceritakan dan mendedahkan mereka dengan pakaian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tahap penerimaan pelajar bagi pembelajaran mengenai warisan bangsa dan budaya boleh dicapai secara bersepadu melalui aktiviti bertemakan perayaan. Seterusnya saya akan menerapkan nilai-nilai murni terhadap semangat cinta akan Negara ke dalam diri para pelajar dengan menunjukkan cara yang betul bagi menghormati bendera Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia dan meminta mereka berdiri tegak sewaktu lagu negaraku didendangkan. Saya dapat merasakan menerusi penerapan nilai-nilai ini para pelajar akan dapat menamam sifat cinta akan tanah air dan bersedia mempertahankan Negara pabila mereka sudah dewasa kelak. Hal ini kerena mereka telah dibentuk dengan perasaan hormat dan berbangga menjadi rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi. Saya juga berharap mereka akan menjadi wira Negara yang sanggup menggadaikan nyawa demi keamanan dan kemakmuran Negara yang tercinta ini.
3.5 Kerohanian, Sikap dan Nilai
3.6 Tunjang
Keterampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pendidikan di tadika kemas dapat memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain. Dalam Kurikulum Pendidikan Islam, perkembangan sosioemosi memberi focus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri, diikuti pula dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami kesepaduan, emosi dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu tunjang ini perlu disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira untuk belajar.
4.0 Penutup
Marilah kita sama-sama berdoa agar para pelajar hari ini menjadi insane yang cemerlang dan sempurna kerana masa depan Negara terletak di tangan mereka. Tugas untuk menjana insane yang sempurna ini terletak di pundak atau bahu pendidik seperti saya. Kita mahukan rakyat kita seperti negara Jepun yang mampu membangunkan semula negera mereka walaupun pernah menjadi padang jarak padang terkukur pada tahun 1942 angkara bom atom di Hiroshima dan Nagasaki lantaran mempunyai modal insane minda kelas pertama.
Namun demikian, dalam menghasilkan insane yang harmonis dan seimbang yang mempunyai ciri-ciri holistic banyak rintangaannya. Selagi sikap sesetengah pihak yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan (exam oriented) tidak diubah, selagi itu usaha murni ini akan hanya tinggal khayalan. Sistem pendidikan kita tidak pernah silap kerana matlamat untuk melahirkan insan yang holistic dan seimbang ini ada dinyatakan dalam Falsafah pendidikan Negara dan ditambah lagi dengan lima teras dalam Pelan Induk pembangunan Pendidikan Nasional (PIPP) 2006-2010.
Inisiatif kerajaan memepruntukkan markah 10% dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke IPT wajar dipuji. Usaha ini juga perlu ditambah dengan memperuntukkan markah juga untuk sahsiah. Pencapaian seorang pelajar sepanjang persekolahan dikira juga mengelakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh ketika peperiksaan awam juga dapat melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa seterusnya melahirkan pelajar yang holistic kecemerlangannya.
No comments:
Post a Comment