Subhanallah!!!!hanya itu yang saya dapat saya katakan mengenai kehebatan tuhan yang Maha Esa.. seorang bayi ajaib telah dilahirkan tanpa
darah,,,,,,bayi yang diberi nama Oliver Morgan ini diibaratkan mati
hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan
satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam
rahim.
Ketika dilahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah
mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 minit yang
menakjubkan.Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen,
jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan
nyawa.
Doktor yang cuba
menyelamatkan nyawa bayi itu merasa terkejut apabila monitor tekanan jantung menunjukkan
tindakbalas yang pertama.
Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36,
dari Maidstone, Kent, berkata: “kelahiran Oliver membuatkan saya trauma
sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang.
Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya
tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya”.
Menurut maidstone lagi “Para doktor secara literal
menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak
terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini”,tambah wanita itu.
Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis
keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu
urat tambahan di dalam rahim ibunya. Urat tambahan itu meletup pada minggu ke
37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.
Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut
apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.Oliver dilahirkan oleh secara
pembedahan caeserian seberat 6 pound 1oz pada 5:12 pagi. Doktor cuba untuk
memulihkan keadaanya dan darah dipam ke dalam saraf pusat dan pada 5:37 pagi
denyutan jantung yang pertama telah dikesan dan bertambah kuat kerana dia telah
diberikan lebih banyak darah.
Katy yang ketika itu masih tidak sedarkan diri kerana ubat
bius berkata: “Doktor memberitahunya ia adalah satu keadaan yang paling luar
biasa pernah mereka lihat”. Oliver tidak mempunyai darah, tiada degupan jantung
dan kelihatan seperti sudah mati tetapi entah bagaimana dia masih bernyawa.
Mereka sangat bimbang bayi itu mengalami kerosakan otak selepas kekurangan
oksigen dalam tempoh yang agak lama.”
Oliver telah dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana
doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya untuk menyelamatkan otaknya
dari kerosakan.Dia telah diletakkan di dalam baju sejuk supaya suhu badannya
berada pada 33 ° C untuk membantu pengaliran darah dari kulit, otak dan jantung
agar dia sembuh dengan lebih cepat.
Selepas 3 hari, perunding mula meningkatkan suhunya pada
suhu normal 37° C dengah setengah darjah sehari. Pada masa yang sama, susu oleh
ibunya dipam terus ke dalam perut. Selepas 11 hari,keadaan Oliver cukup baik
untuk dibawa pulang.
No comments:
Post a Comment