30 TAHUN PELURU MASIH TERTANAM DI DADA
Kisah yang ingin diceritakan ini berlaku sekitar tahun 1980. Seorang anggota tentera yang bersemangat waja bagi menyelamatkan malaysia dari ancaman komunis telah mengalami pengalaman yang memberikan kesan yang amat dalam sehingga ke hari ini. Perkara ini telah diceritakan sendiri oleh empunya badan iaitu Mohd Junoh Mohd.
Beliau yang pada ketika itu baru berusia 20 tahun telah memasuki askar dan dihantar ke kem Terendak di melaka bagi menjalani latihan selama 2 tahun. Ketika peristiwa berlaku beliau dihantar bagi mengikuti operasi pembersihan hutan di seluruh Malaysia yang melibatkan 40 orang anggota pasukan batalion pertama rajimen Renjer di hutan Gubir, Kedah.
Mohd Junoh menyatakan bahawa ketika beliau membuat rondaan tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi tembakan bertalu-talu kearah beliau. Tersentak dengan itu beliau dan rakan-rakan telah membalas tembakan tersebut dengan komunis selama 10 minit.
Selepas berahir tembakan beliau telah bangun diikuti oleh rakan-rakan dan berasa bersyukur mereka semua selamat tanpa menyedari sebutir peluru telah menembusi dadanya kerana beliau tidak merasa kesakitan sehinggalah beliau melihat terdapat banyak darah pada baju.
Beliau telah diberi rawatan oleh rakan-rakan tetapi malangnya keadaannya bertambah teruk sehingga memaksa beliau untuk dikeluarkan dari hutan dengan segera dari hutan bagi menjalani rawatan lanjut....
Setelah tiba di hospital dada beliau telah ditebuk bagi megeluarkan darah terkumpul dalam paru-paru tetapi peluru yang berada di bahagian dada beliau tidak dapat dikeluarkan kerana jika dikeluarkan risiko untuk lumpuh sangat tinggi...jadi mereka membuat keputusan supaya peluru itu tidak dikeluarkan dan masih berada dalam dada mohd junoh sehingga ke hari ini,,,
Sekian.
No comments:
Post a Comment