BAYI DALAM BATANG
PAIP
Zalim,,,ini lah sahaja perkataan yang dapat disebut bagi
perbuatan yang keji dan terkutuk apabila seorang ibu yang baru melahirkan bayi
sanggup membuang anaknya kedalam saluran paip tandas di sebuah kediaman di Bandar
jinhua sebuah kawasan mewah Zhejiang,china.Suatu perkara yang amat
memeranjatkan apabila mangsa iaitu bayi tersebut masih berada dalam keadaan
selamat dan bernyawa. Perkara ini berlaku apabila penduduk kawasan tersebut
mendengar suara tangisan bayi malang tersebut.
Sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat
laporan dari orang ramai. Pasukan bomba terpaksa memotong batang paip yang
berukuran 10 sentimeter yang terletak betul-betul dibawah sebuah tandas selepas
bayi berkenaan tersekat di dalamnya. Salah seorang anggota bomba telah cuba menarik
keluar bayi berkenaan tetapi menemui kegagalan. Kesudahannya mereka terpaksa
memotong dan memecahkan batang paip tersebut bagi memastikan bayi tersebuh
terselamat.
Bayi ini juga telah diberikan nama jolokan `bayi nombor 59`
sempena nombor ankubator…pihak polis telah menyiasat kes ini dan menahan
seorang wanita yang mengaku bahawa bayi tersebut adalah anaknya dan dia berbuat
demikian kerana tiada wang bagi menanggung kos pengguguran….
Saksikanlah video yang sungguh mencemaskan ini…
No comments:
Post a Comment