PEMIKIRAN SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

BIODATA SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilahirkan di dibogor, Jawa Barat, pada tanggal 5 september 1931. Beliau merupakan adik kandung kepada Prof. DR. Hussein Al-Attas, seorang ilmuwan dan pakar sosiologi di Univeriti Malaya, Kuala Lumpur. Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah AL-Attas, sedang ibunya bernama Syarifah Raguan Al-Idrus, keturunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat. Ayahnya berasal dari Tanah Arab (keturunan Hadrami – Arab hadramaut, Yaman) yang salasilahnya merupakan keturunan ulama dan ahli tasawuf yang terkenal dari kalangan sayid.
Latar belakang pendidikan (formal) Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (selanjutnya akan disebut Al-Attas), yang kami ketahui bermula sejak beliau berusia 5 tahun. Ketika beliau berada di Johor Baru, tinggal bersama dan di bawah didikan saudara ayahnya Encik Ahmad, kemudian dengan Ibu Azizah hingga perang dunia kedua meletus.
Pada tahun 1936-1941, ia belajar di Ngee Neng English Premary Schoool di Johor Baru. Pada zaman Penjajahan Jepun, beliau kembali ke Jawa Barat dan menetap di sana selama 4 tahun. Ia belajar agama dan bahasa Arab Di Madrasah Al-Urwatul Wutsqa di Sukabumi, Jawa Barat Pada tahun 1942-1945. Tahun 1946 ia kemabali lagi ke Johor Baru dan tinggal bersama saudara ayahnya Engku Abdul Aziz (menteri besar Johor waktu itu), lalu dengan Datuk Onn yang kemudian juga menjadi Menteri Besar Johor (Dato Onn merupakan Presiden UMNO pertama). \
Pada tahun 1946, Al-Attas melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Baru tahun 1946-1949. Kemudian, beliau menyertai angkatan tentera (1952-1955) sehingga pangkat Letnan. Namun, kerana kurang berminat akhirnya beliau keluar dari tentera dan melanjutkan kuliah di University Malaya tahun 1957-1959, seterusnya melanjutkan pelajarannya di Mc Gill University, Montreal, Kanada, dan mendapat gelar M. A. Tidak lama kemudian, beliau melanjutkan lagi pada program pascasarjana di University of London tahun 1963-1964 hingga mendapat gelar Ph. D.


PEMIKIRAN  SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Sebagai seorang pendukung aliran tradisionalisme, al-Attas jelas berpegang kepada tradisi sufi yang mengakar dari sejak al-Junayd  dan al-Ghazzali  sehingga Hamzah Fansuri  dan al-Raniri .  Membaca pemikiran Sufi al-Attas, dapat dipastikan bahawa tradisi Sufi yang beliau fahami tidak sama dengan tasawwuf yang difahami oleh masyarakat pada hari ini.
 Bagi al-Attas, tasawwuf adalah amalan Shari‘ah dalam maqam iÍsan.  Namun demikian al-Attas menggariskan perbezaan di antara pseudo-sufi, sufi yang jahil dan sufi cendekiawan. Beliau menyelar sebagian penulis yang memukul rata tasawwuf, kerana tasawwuf dan sufisme selalu disalahfahami. Baginya ajaran para pseudo-sufi, seperti para sofis (sufasta’iyyah) dan kelompok wujudiyyah itu bukan sufi yang sebenar. Begitu juga kelompok sufi yang jahil. Sufi yang benar, bagi al-Attas, mengakui bahawa agama terdiri daripada aspek-aspek yang mapan seperti Syari‘ah dan yang kabur (hakikat). Yang kabur didasarkan pada kebenaran yang jelas daripada aspek-aspek yang mapan.
Mengenai epistemologi Islam, khususnya definisi ilmu dalam worldview Islam, al-Attas menjelaskan bahawa mendefinisikan ilmu secara hadd adalah mustahil, ilmu hanya dapat didefinisikan dengan tepat secara rasm deskriptif . Dalam hal ini, beliau mengetengahkan definisi yang diberikan oleh al-Tahanawi dan al-Jurjani dan menolak pandangan ulama lain yang menggunakan pendekatan hadd dalam pendefinisian mereka. Bagi al-Attas ilmu adalah kepercayaan yang benar  iaitu keyakinan, ia adalah satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia. Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang dianugerahkan ilmu yang betul.  
Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan pendefinisian ilmu secara deskriptif  ke dalam dua bahagian. Pertama,  sebagai sesuatu yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu. Kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat diberikan sebagai tibanya jiwa  pada makna sesuatu objek ilmu.
Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekedar pengumpulan maklumat dan fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak membawanya kepada hidayah dan  jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekedar pengumpul maklumat

. Ulasan mengenai Syed Muhammad  Naquib Al-Attas
Saya berpendapat bahawa syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan seorang pemikir islam yang sering menggunakan ketajaman pemikirannya bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat islam yang berpunca dari pelbagai aspek. Syed Muhammad  Naquib Al-Attas telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam kontemporari dan pendidikan Islam amat banyak. Hal ini amat jelas dengan dengan ilmu dan pandangan beliau dengan ilmu-ilmu yang diperkenalkan. Idea dan pandangan beliau sering menjadi rujukan bukan saja oleh golongan mahasiswa tetapi juga oleh sebahagian besar para pakar dan cendekiawan pada hari ini.
Ketokohan al-Attas ini, bukan sekadar disebabkan oleh kelangkaan titel Ph.D. yang diperolehinya pada tahun 1960an dari SOAS, Universiti London, tetapi ketokohan beliau sebenarnya adalah disebabkan oleh kemantapan pemikiran beliau dan pengalaman luas dalam dunia akademik dan intelektual. Al-Attas dikenali sebagai pemikir yang lantang memperjuangkan perlunya penggunaan istilah yang tepat. Ini kerana penggunaan istilah yang salah sangat berpengaruh kepada minda masyarakat. Lebih dari itu, al-Attas juga dikenal dengan pandangan-pandangan kritis beliau untuk memperbetulkan pemahaman umat Islam terhadap konsep-konsep penting dalam Islam.

No comments:

Post a Comment