Wanita sepak suami


Isteri derhaka, itulah kata-kata yang dapat dilemparkan kepada seorang wanita yang bergelar isteri apabila bertindak biadap menyepak suaminya.
wanita tersebut juga sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Perkara ini berlaku berpunca apabila seorang suami telah cuba menegur sikap buruk isterinya yang gemar memburuk-burukkan ibu lelaki berkenaan yang menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Isteri beliau yang berusia 30 tahun tersebut begitu berang dan menyuruh ahli keluarganya memukul suami dan ibunya.
Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi jumaat itu, suami menceritakan semula kejadian tersebut yang bermula apabila beliau bertengkar dengan isterinya apabila dimarahi kerana menghina ibunya.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.

“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

No comments:

Post a Comment