BIADAP!!!! LAP KAKI DENGAN AL-QURAN





Seorang wanita eropah telah ditahan oleh pihak berkuasa oman kerana dipercayai menghina kitab suci Al-Quran dengan bertindak mengoyak dan mengelap kaki menggunakan lembaran Al-Quran tersebut.


Perbuatan biadap wanita tersebut yang namanya tidak disiarkan itu disaksikan oleh seorang pemuda warga tempatan yang  yang tinggal berhampiran Masjid Al-Hamadah di Sohar,kira-kira 231 kilometer ke utara muscat.

Penduduk tersebut kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak polis dan pihak polis bertindak dengan menghantar anggota ke tempat kejadian dan menahan tertuduh untuk disoal siasat.


Menurut jurucakap polis berkata `ini merupakan kali pertama seorang warga asing bertindak kurang ajar seperti itu dan lebih buruk lagi, dia melakukannya pada bulan Ramadan yang mulia ini`


No comments:

Post a Comment