jam 4.10 suasana di
istana Negara mula menjadi tegang apabila kumpulan yang menggelarkan diri mereka
dengan nama Panji Hitam Dari Timur
Empayar Langkasuka Nusantara datang ke istana untuk cuba melancarkan rampasan
kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil alih pentadbiran Istana
Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Kumpulan yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 2 orang
wanina dengan berpakaian serba hitam telah datang ke istana dengan menggunakan
3 kenderaan yang dipasang dengan bendera dan kain rentang serba hitam tertulis
Kerajaan Langkasuka Nusantara.
OCS Travers telah
bertindak membuat penahanan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk
kenderaan yang diniaki oleh mereka. Setelah pemeriksaan dijalankan didapati
tiada senjata api dibawa oleh mereka cuma bendera dan watikah kumpulan yang
dijumpai oleh anggota OCS.
3 dari 7 orang ahli
kumpulan yang ditahan didapati tidak mempunyai kad pengenalan diri dan mereka
berasal dari berlainan negeri berdasarkan alamat mereka.
Sebanyak 13 bendera
kumpulan telah dirampas oleh pihak OCS dan mereka masih disoal siasat.
No comments:
Post a Comment