LAUTAN BUIH KOPI



Pernahkah anda bayangkan terdapat lautan buih kopi berada di kawasan rumah anda,,,?  Jika tidak saya ingin membawa anda semua menyingkap kejadian alam yang benar2 berlaku di New South Wales Australia,,,  fenomena semula jadi yang mengubah persisiran pantai laut ke dalam buih yang menyerupai buih kopi disebut sebagai 'Cappuccino Coast', ini amatlah menghairankan dan sangat misteri seolah-olah seperti seseorang yang telah dicurahkan banyak kopi dan susu cappuccino ke dalam laut, dan dihidupkan pengisar besar.

 Fenomena ini  bukan sahaja menyebabkan keseluruhan pantai  ditenggelami oleh buih, tetapi turut menyebabkan  bangunan-bangunan yang berhampiran dan pusat penyelamat tempatan diselimuti oleh buih di pantai. Orang ramai turut menikmati keajaiban fenomena ini dengan membiarkan diri mereka ditenggelami oleh buih-buih tersebut.




Pandangan di pantai pula memperlihatkan buih yang berkrim kembang. Buih yang terhasil  adalah disebabkan oleh kekotoran yang terpancut keluar dari gelombang itu. Antara kekotoran utamanya ialah garam, bahan kimia, ikan reput, tumbuh-tumbuhan mati dan kumuhan daripada rumpai laut.


Kesemua bahan2 ini dikacau bersama-sama dengan arus yang kuat menyebabkan mereka  membentuk buih dan kemudian terbawa ke pantai. Semakin kuat pusaran itu, maka banyak buih yang akan terhasil. begitulah bagaimana Ocean Sea buih terbentuk. Buih2 ini  agak sejuk apabila disentuh ,,Walaupun, buih2  pantai ini rasanya tidak  sebaik kopi anda tetapi ia cukup memberikan kita kepuasan apabila melihatnya,,,,

Saksikanlah video ini bagi menghayati bagaimana fenomena ini berlaku….


No comments:

Post a Comment