BUDAK SERIGALA


Assalamualaikum,,,,kali ini saya akan paparkan  kisah pilu seorang kanak-kanak berumur enam tahun yang menghidap sejenis penyakit kulit pelik iaitu 60 peratus badannya ditumbuhi bulu hitam, di China….
“Sudah jatuh ditimpa tangga” itulah pepatah yang dapat  diibaratkan terhadap nasib yang meninpa kanak2 ini  apabila  semasa berumur dua tahun ibu bapa Jiangli bertindak meninggalkannya di sebuah pusat jagaan kanak-kanak sehingga memaksa pusat berkenaan menyiarkan berita meminta saudara terdekat tampil menuntutnya dan enam bulan kemudian, Jiangli dituntut sepupu datuknya.

Sehingga kini, Liu Mingying menggalas tanggungjawab memelihara dan menjaga Jiangli di kediamannya di bandar Guiyang, wilayah Guizhou.
Gadis comel, Liu Jiangli telah ditawarkan rawatan oleh pakar-pakar di Shanghai yang akan cuba memulihkan keadaan kulitnya yang ditumbuhi bulu atau rambut di bahagian muka dan badan sejak dilahirkan.
Namun sepanjang tempoh membesar, kanak-kanak ini dibuli rakan-rakan seper mainan. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap Mingying kerana anak kecil itu akan sentiasa dicemuh tambahan pula Jiangli kini agak sukar dirapati teman-teman sepermainan yang takut dengan rupanya itu.
Pakar mendedahkan keadaan kulit Jiangli dikenali sebagai sindrom Hypertrichosis Universalis yang mana menyebabkan kulit seseorang itu diliputi sepenuhnya dengan rerambut dan hanya terjadi kepada satu dalam sejuta manusia.


ANGGUR BERBUAH PADA BATANG POKOK



Buah anggur berbuah pada batang pokok,,,,? kalau difikirkan memanglah ganjil dan pelik, namun itulah kenyataan terhadap spesis pokok yang dikenali sebagai Jabuticaba yang hanya boleh ditemui di Minas Gerias dan Sao Paulo, Brazil.


 Buah anggur sepsis ini tumbuh terus dari batang pokok serta pada dahan pokok itu. Buahnya agak besar dan mempunyai diameter dalam 3 sehingga 4 cm. Buah anggur ini boleh didapati sepanjang tahun walaupun pokok ini hanya berbunga 2 kali setahun. Tetapi jika diamati, ia sedikit berbeza dari buah anggur yang lain. Saya tidak pasti adakah rasanya sama atau berbeza. Apa yang penting penting, pokok anggur ini  sangat unik bagi kita yang tidak pernah melihatnya,,,,huhuhuhuhuhuhuhuhu,,,,



SOTONG BERUPA BABI

Pelik!!! tapi inilah yang terjadi,,,,sotong berupa babi yang telah jijumpai dan menjadi perhatian orang ramai,,,memang aneh rupa sotong ini tapi inilah kekuasaan tuhan yang maha pencipta,,mari kita lihat beberapa keeping gambar yang sempat saya muatkan dalam post kali ini,,,,,


Saiz purata sotong dewasa atau nama sainstifiknya "Helicocranchia pfefferi" adalah 100 mm bersamaan 3.9 in panjang,,,,,


Badan sotong ini terdiri daripada corong besar dengan kecil seperti sirip dayung. Sotong ini mempunyai sesungut kecil di atas mata mereka dan mereka tinggal berhampiran permukaan lautan iaitu antara 100 m
dan 200.



spesis sotong ini juga akan turun turun ke zon mesopelagic apabila mencapai usia matang.




LELAKI TANPA WAJAH

Assalamualaikum,,,,kali ini saya akan memaparkan mengenai kisah sedih seorang yang hidup ‘tanpa muka’. Beliau adalah Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kata2 ini mungkin dapat mengungkap keperitan hidup yang sedang dialami oleh latif pada ketika ini. Sejak kecil lagi beliau menerima penghinaan dan sering dibuli kerana keadaan wajahnya itu.

“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si mata satu.’”

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.

Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan. Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.

Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan. “Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”

Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25) sehari dengan mengemis. “Pernah tiga gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya. “Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya. Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar mengenai Salima.

“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.
“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,” katanya.

Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu. Sejak itu, pasangan berkenaan hidup bahagia dan isterinya diberitakan sudah hamil 7 bulan, Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.

“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya,” katanya.

Tetapi kini latif sudah mampu menarik nafas lega apabila isteri beliau diberitakan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama bagi mereka dan bayi tersebut lahir dalam keadaan normal.


Menurutnya lagi  “Ibu saya masih menangis setiap kali melihat saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib itu.”


Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kawan2 dan khususnya diri saya supaya bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi selama ini…sekian terima kasih,,,,jangan lupa komen ya,,,huhuhuhuhuhu…

4 SPISES KATAK PALING PELIK DI DUNIA



Terdapat lebih 4000 spesies katak dan lebih dari 5000 spesies kodok di seluruh muka bumi....tapi hari ini saya nak tunjuk 4 spesis  katak yang paling unik di dunia….



1. Glass Frog (Katak Kaca)




Katak dengan penampilan  yang unik ini dikenal dengan sebutan katak kaca atau katak transparan (centrolinadae), mereka mendiami kawasan lembab di hutan tropis Amazon. Katak kaca ini berwarna hijau, kulitnya tipis dan transparan organ dalam tubuhnya dapat terlihat dari luar.  Dengan kulitnya yang transparan maka katak kaca ini mudah melakukan kamuflase, sehingga mereka dapat terhindar dari pemangsa. Sinar matahari akan menembus bagian kulit mereka, sehingga tubuh mereka akan selaras dengan tempat  mereka berada.




2. Katak Surinam 




Katak surinam merupakan binatang amfibi yang banyak ditemukan di kawasan hutan tropika Amazon. Katak dengan nama lokal ‘pipa-pipa’ ini memiliki ukuran besar, tubuhnya mampu tumbuh hingga 20 cm. Kodok Amazon bermata kecil dengan tubuhnya yang pipih, memiliki tubuh pipih berwarna coklat. Berbeda dengan kodok Amazon lainnya, ‘Pipa-pipa’ tidak memiliki lidah dan gigi taring. Uniknya lagi jika katak jantan yang lain memikat calon betinanya dengan  suaranya, jantan pipa-pipa menggunakan dua tulang ditenggorokan untuk menghasilkan suara yang khas. Dua tulang tersebut beradu hingga menghasilkan suara dengan nada tinggi.


.3. Turtle Frog (Katak Kura-Kura)




Katak unik ini dikenal dengan Myobatrachus gouldii, ia ditemukan di kawasan kering Australia Barat. Katak ini memiliki bentuk seperti kura-kura tanpa tempurung, tubuhnya berwarna pink kecokelatan, kepala kecil dan tubuhnya yang gemuk. Katak Kura-Kura memiliki kaki dan tangan yang kuat, sehingga mereka dapat menggali dan membuat sebuah lubang di atas pasir. Selain untuk berlindung di dalam lubang, kemampuan mereka menggali juga untuk mencari dan menangkap rayap. Uniknya katak ini tidak mengalami masa berudu, tubuhnya terus menjadi katak yang sempurna. Hal ini kerana katak ini tidak mengalami fase berudu, telur katak kura-kura lebih besar dari telur katak yang mengalami metamorfosis.



4. Vietnamese Mossy Frog (Kodok Lumut Vietnam)




Katak ini terdapat di kawasan Asia Tenggara, iaitu di kawasan hutan tropika dan wilayah rawa di sebelah utara Vietnam. Kodok dengan nama latin Theloderma corticale, memiliki panggilan ‘katak lumut’ karena pandai berkamuflase dengan menggunakan lumut dan tumbuhan kecil. Katak lumut ini memiliki telapak kaki yang lebar sehingga mereka dapat melekat baik dan kuat di permukaan batang pohon dan daun-daunan. Katak lumut Vietnam melekatkan telurnya di batu ataupun tembok gua yang di bawahnya terdapat air, sehingga apabila  telur menetas anak-anaknya akan berjatuhan ke dalam air.





BAYI TANPA TEMPURUNG KEPALA



Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang dilahirkan tidak sempurna sifat,,,?? Tapi itulah dugaan dalam kehidupan yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu bernama Euis seorang penduduk Desa Sinarjaya Kecamatan Sungailiat Pulau Bangka Indonesia yang telah melahirkan bayi tanpa memiliki tempurung kepala dan bayi tersebut sedang dirawat dalam incubator.



Dikhabarkan perkara pelik pada kandungan telah dirasakan Euis ketika kandungannya berusia tujuh bulan. Menurut adik Euis yang  bekerja sebagai bidan di Desa Simpangrimba, kandungan kakaknya kelihatan kecil dan ketika dibuat pemeriksaan, beliau mendapati terdapat ruang kosong pada kandungan akanya itu..


"Biasanya kandungan yang memasuki tujuh bulan itu sudah penuh, tapi kok ini banyak ruang kosongnya," kata Euis menirukan ucapan  adiknya.

Kerana bimbang terhadap janin yang dikandungnya, Euis telah membuat pemeriksaan lebih lanjut di hospital kerana  beliau perlu menjalani pemeriksaan USG bagi mendapat kepastian mengenai keadaan bayi dalam kandungan beliau..pada masa itu jagalah dia diberitahu oleh doctor bahawa anak dalam kandungannya ada susfect kelainan di kepala.,


Mengikut  Euis lagi "Kata doktor, kandungan saya terkena virus tokso, yang menyerang tempurung kepala bayi. Saya akan melahirkan bayi tanpa tempurung kepala dan biasnya bayi tidak bertahan lama," ungkap Euis menirukan penjelasan doktor.

Menurut doktor tersebut, virus tokso (toxoplasma) dibawa dari haiwan seperti, kucing, anjing dan ayam. Doktor sempat menanyakan pada Euis, apakah memelihara kucing. "Saya jawab enggak. Tetapi banyak anjing liar di sekitar tempat tinggal saya, tidak terhitung berapa jumlahnya," ujar Euis.



Euis dan suaminya Pella (35), hanya mampu berdoa dan pasrah atas nasib anak kedua mereka. Pasangan suami isteri ini cukup sabar menghadapi kenyataan yang menimpa keluarganya.

"Saya menginginkan yang terbaik untuknya. Kami tidak menyalahkan haiwan liar atau siapapun, ini sudah kehendak Yang Maha Kuasa," ujar Pella lirih.

Pella merancang bagi membuat pemeriksaan  darah isterinya untuk melihat apakah masih ada virus tokso yang menjadi penyebab bayinya lahir tanpa tempurung kepala. Menurut beliau lagi “Saya berbuat demikian untuk masa depan keluargaanya dan tidak ingin perkara ini berulang lagi”.


PELIK!!!!!BAYI DILAHIRKAN TANPA DARAH


Subhanallah!!!!hanya itu yang saya dapat saya katakan  mengenai kehebatan tuhan yang Maha Esa..  seorang bayi ajaib telah dilahirkan tanpa darah,,,,,,bayi yang diberi nama  Oliver Morgan ini diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam rahim.



Ketika dilahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 minit yang menakjubkan.Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen, jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan nyawa.


Doktor  yang cuba menyelamatkan nyawa bayi itu merasa terkejut  apabila monitor tekanan jantung menunjukkan tindakbalas yang pertama.

Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36, dari Maidstone, Kent, berkata: “kelahiran Oliver membuatkan saya trauma sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang. Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya”.

Menurut maidstone lagi “Para doktor secara literal menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini”,tambah wanita itu.


Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya. Urat tambahan itu meletup pada minggu ke 37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.Oliver dilahirkan oleh secara pembedahan caeserian seberat 6 pound 1oz pada 5:12 pagi. Doktor cuba untuk memulihkan keadaanya dan darah dipam ke dalam saraf pusat dan pada 5:37 pagi denyutan jantung yang pertama telah dikesan dan bertambah kuat kerana dia telah diberikan lebih banyak darah.

Katy yang ketika itu masih tidak sedarkan diri kerana ubat bius berkata: “Doktor memberitahunya ia adalah satu keadaan yang paling luar biasa pernah mereka lihat”. Oliver tidak mempunyai darah, tiada degupan jantung dan kelihatan seperti sudah mati tetapi entah bagaimana dia masih bernyawa. Mereka sangat bimbang bayi itu mengalami kerosakan otak selepas kekurangan oksigen dalam tempoh yang agak lama.”


Oliver telah dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya untuk menyelamatkan otaknya dari kerosakan.Dia telah diletakkan di dalam baju sejuk supaya suhu badannya berada pada 33 ° C untuk membantu pengaliran darah dari kulit, otak dan jantung agar dia sembuh dengan lebih cepat.

Selepas 3 hari, perunding mula meningkatkan suhunya pada suhu normal 37° C dengah setengah darjah sehari. Pada masa yang sama, susu oleh ibunya dipam terus ke dalam perut. Selepas 11 hari,keadaan Oliver cukup baik untuk dibawa pulang.


Gunung Maut Di China



Melihat permukaan gunung ini mesti korang tertanya-tanya ada kew  orang yang nak lalu kat sini,,,,hahahaha,,,,itulah  yg aku tgh fikirkan,,,ok nak cerita skit pasal tempat ney,,,

Huashan merupakan sebuah kawasan yang  terletak berhampiran sudut tenggara bahagian Ordos Loop daripada Sungai Kuning lembangan, selatan Wei Sungai lembah, di hujung timur Pergunungan Qinling, di wilayah selatan Shaanxi.

Huashan juga  adalah sebahagian daripada Qin Ling Mountain Range yang membahagikan bukan sahaja utara dan selatan Shaanxi, tetapi juga China.

Terdapat dua laluan berjalan kaki yang membawa kepada  Utara Puncak Huashan (1614 m), yang paling rendah lima puncak utama gunung ini. Yang paling popular adalah laluan tradisional di Hua Shan Yu (Hua Shan Gorge) mula-mula dibangunkan pada 3 hingga abad ke-4 Masihi dan dengan perkembangan yang berturut-turut, kebanyakannya semasa Dinasti Tang.

Walaupun terdapat banyak inisiatif dan langkah-langkah keselamatan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan seperti memotong laluan yang lebih mendalam dan membina tangga batu dan laluan yang lebih luas, menambah pagar, dan pembinaan kereta kabel pada tahun 1990 bagi meningkatkan kedatangan pelancong dari serata dunia tetapi jumlah kematian  terus meningkat.