NAJIS BURUNG UNTUK CANTIK




Najis burung untuk tujuan kecantikan,,,? Betol kew ney,,,? Ha…hal inilah yang akan diperkatakan dalam artikel saya pada hari ini……zaman sekarang kecantikan menjadi satu keutamaan tanpa mengira jantina.,jika dahulu hanya golongan wanita yg mengutamakan kecantikan kulit wajah tetapi kini golongan lelaki turut menjaga kecantikan wajah dengan menggunakan pelbagai cara yang tersendiri selain mendapatkan khidmat dari spa-spa kecantikan.



Oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap bidang kecantikan ini sebuah spa telah mengambil langkah berani dengan menawarkan khidmat rawatan kecantikan tradisional jepun kepada sesiapa sahaja yang mempu membayar (RM581) untuk seketul najis burung nightingale asia import.



Setiap bulan ,kira-kira 100 orang wanita dan lelaki telah mengunjungi salun rawatan wajah shizuka tidak jauh dari Fifth Avenue di manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.


Apabila ditanya kepada pemilik spa tersebut apakah kelebihan jika mendapatkan rawatan tersebut dia menjelaskan bahawa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan. Beliau yang mempelajari teknik rawatan muka ini daripada ibunya berhasrat membawa rahsia kecantikan tradisi jepun itu ke AS.



Ok,,,jadi kita dah tau apakah rahsia kecantikan orang jepun ney,,,patutlah muka dorang ney cantik dan tegang jew sampaikan golongan tua di jepun pon nakpak berseri-seri jew,,huhuhuhuhuhu…

Apa plak rahsia kecantikan di Negara kita ek,,,,,,?  

BIADAP!!!! LAP KAKI DENGAN AL-QURAN





Seorang wanita eropah telah ditahan oleh pihak berkuasa oman kerana dipercayai menghina kitab suci Al-Quran dengan bertindak mengoyak dan mengelap kaki menggunakan lembaran Al-Quran tersebut.


Perbuatan biadap wanita tersebut yang namanya tidak disiarkan itu disaksikan oleh seorang pemuda warga tempatan yang  yang tinggal berhampiran Masjid Al-Hamadah di Sohar,kira-kira 231 kilometer ke utara muscat.

Penduduk tersebut kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak polis dan pihak polis bertindak dengan menghantar anggota ke tempat kejadian dan menahan tertuduh untuk disoal siasat.


Menurut jurucakap polis berkata `ini merupakan kali pertama seorang warga asing bertindak kurang ajar seperti itu dan lebih buruk lagi, dia melakukannya pada bulan Ramadan yang mulia ini`


IBU BERJANGGUT






Assalamualaikum..Kali ini saya ingin menulis mengenai seorang ibu yang berjanggut. Kisah ini terjadi kepada seorang wanita yg bernama Agustina, beliau yg juga seorang ibu terpaksa menyembunyikan janggut tersebut dengan memakai purdah kerana malu dan takut diejek oleh org ramai.

setelh 19 tahun menyembunyikan keadaannya itu beliau membuat keputusan utk tdk lgi menghiraukan perasaan takut diejek dan dicerca apabila beliau b`tndak mempamerkan keunikan dirinya itu pada org ramai.


Menurut Agustina sebelum melahirkan anak  keadaan hidupnya adalah sama spt wanita2 lain,tetapi keadaan berubah slpas dia melahirkan anak pertama ababila dia merasakan terdapat janggut yg mula tumbuh didagunya.


selain itu, beliau juga mempunyai misai dan terdapat bulu di bahagian dada. beliau juga pernah cuba utk mncukur atau memotong janggut dan bului dada tersebut tetapi gagal kerana mengalami kesakitan yang amat sangat shingga dia membiarkan sahaja keadaannya itu.

TELAN CACING UNTUK KURUS





Pelik!!!!!itulah yang berlaku pada seorang wanita yang nekad untuk menurunkan berat badannya apabila sanggup menelan cacing pita yang dibelinya melalui internet,,,

Menurut doktor yang merawat beliau berkata `beliau merasa terkejut dengan tindakan pesakitnya itu dan beliau terus menelefon pihak berkuasa kesihatan untuk meminta panduan.

Pihak berkuasa tempatan telah meminta agar wanita itu supaya mengeluarkan cacing pita yang ditelannya dengan meminum ubat yang boleh membunuh parasit berkenaan,,,

Hal ini berikutan cacing pita amatlah bahaya dan mampu untuk mendatangkan kesan sampingan terhadap pesakit, hingga boleh mengakibatkan kematian



Menurut pengarah jabatan kesihatan awam walaupon kes yang berkaitan cacing pita jarang berlaku mereka yang ingin menurunkan berat badan dinasihati supaya mengamalkan duet yang seimbang dengan mengurangkan kalori dan aktiviti fizikal yang berterusan kerana cara itu lebih baik dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


BAPA PALING TUA DI DUNIA




Bapa tertua di dunia Ramjit Raghav sekali lagi menerima gelaran tersebut apabila beliau telah mendapat anak kedua hasil perkahwinan beliau dengan Shakuntala Devi.  Encik Raghav juga dikatakan mengalahkan rekod semasa pemegang Nanu Ram Jogi, seorang petani India yang menjadi bapa kepada anak yang ke-21 pada usia 90 pada tahun 2007.

Lelaki yang berusia 94 tahun tersebut telah memberitahu pemberita rahsia beliau kekal bertenaga ialah dengan  mengamalkan makan setengah kilo mentega dan tiga liter susu setiap hari.

Encik Raghav, yang berasal dari Haryana di utara India, menyambut kelahiran bayi dalam keadaan gembira dan menganggap  kedatangan Karamjit  sebagai 'anugerah Tuhan'. Raghav dan isterinya Shakuntala Devi  yang berusia  40-an berkata mereka memang berharap untuk mendapatkan seorang lagi anak dan hasrat tersebut tercapai.   

Encik Raghav, yang adalah seorang ahli gusti dalam mudanya, yakin bahawa dia akan kekal sihat untuk melihat anak-anak  beliau membesar, berkata: 'Saya akan mati hanya jika ular hitam menggigit saya dan perkara tersebut mustahil terjadi jika tidak percaya lawatan saya selepas sepuluh tahun dan anda akan mendapati saya dalam penampilan yang sama tetapi beberapa doktor telah mempersoalkan kesahihan kata-kata yang disampaikan  Encik Raghav ini.


Dr Paramjeet Singh, ketua pegawai perubatan di Hospital Kharkhoda Awam, di mana bayi yang dilahirkan pada bulan November, berkata: "Setelah bayi pada usia satu tahun kemungkinan Raghav akan meniggal dunia.Encik Raghav sebenarnya mendakwa berusia lebih 100 tahun, tetapi rekod pencen yang memberikan umur sebagai 94.

 Menurut Dr. Umur Shakuntala kes ini amat jarang berlaku dan berasa terkejut kerana ujar beliau pada usia 51 tahun keatas amat tipis bagi seseorang untuk membentuk benih yang sihat.