NAJIS BURUNG UNTUK CANTIK




Najis burung untuk tujuan kecantikan,,,? Betol kew ney,,,? Ha…hal inilah yang akan diperkatakan dalam artikel saya pada hari ini……zaman sekarang kecantikan menjadi satu keutamaan tanpa mengira jantina.,jika dahulu hanya golongan wanita yg mengutamakan kecantikan kulit wajah tetapi kini golongan lelaki turut menjaga kecantikan wajah dengan menggunakan pelbagai cara yang tersendiri selain mendapatkan khidmat dari spa-spa kecantikan.



Oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap bidang kecantikan ini sebuah spa telah mengambil langkah berani dengan menawarkan khidmat rawatan kecantikan tradisional jepun kepada sesiapa sahaja yang mempu membayar (RM581) untuk seketul najis burung nightingale asia import.



Setiap bulan ,kira-kira 100 orang wanita dan lelaki telah mengunjungi salun rawatan wajah shizuka tidak jauh dari Fifth Avenue di manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.


Apabila ditanya kepada pemilik spa tersebut apakah kelebihan jika mendapatkan rawatan tersebut dia menjelaskan bahawa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan. Beliau yang mempelajari teknik rawatan muka ini daripada ibunya berhasrat membawa rahsia kecantikan tradisi jepun itu ke AS.



Ok,,,jadi kita dah tau apakah rahsia kecantikan orang jepun ney,,,patutlah muka dorang ney cantik dan tegang jew sampaikan golongan tua di jepun pon nakpak berseri-seri jew,,huhuhuhuhuhu…

Apa plak rahsia kecantikan di Negara kita ek,,,,,,?  

BIADAP!!!! LAP KAKI DENGAN AL-QURAN





Seorang wanita eropah telah ditahan oleh pihak berkuasa oman kerana dipercayai menghina kitab suci Al-Quran dengan bertindak mengoyak dan mengelap kaki menggunakan lembaran Al-Quran tersebut.


Perbuatan biadap wanita tersebut yang namanya tidak disiarkan itu disaksikan oleh seorang pemuda warga tempatan yang  yang tinggal berhampiran Masjid Al-Hamadah di Sohar,kira-kira 231 kilometer ke utara muscat.

Penduduk tersebut kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak polis dan pihak polis bertindak dengan menghantar anggota ke tempat kejadian dan menahan tertuduh untuk disoal siasat.


Menurut jurucakap polis berkata `ini merupakan kali pertama seorang warga asing bertindak kurang ajar seperti itu dan lebih buruk lagi, dia melakukannya pada bulan Ramadan yang mulia ini`


IBU BERJANGGUT






Assalamualaikum..Kali ini saya ingin menulis mengenai seorang ibu yang berjanggut. Kisah ini terjadi kepada seorang wanita yg bernama Agustina, beliau yg juga seorang ibu terpaksa menyembunyikan janggut tersebut dengan memakai purdah kerana malu dan takut diejek oleh org ramai.

setelh 19 tahun menyembunyikan keadaannya itu beliau membuat keputusan utk tdk lgi menghiraukan perasaan takut diejek dan dicerca apabila beliau b`tndak mempamerkan keunikan dirinya itu pada org ramai.


Menurut Agustina sebelum melahirkan anak  keadaan hidupnya adalah sama spt wanita2 lain,tetapi keadaan berubah slpas dia melahirkan anak pertama ababila dia merasakan terdapat janggut yg mula tumbuh didagunya.


selain itu, beliau juga mempunyai misai dan terdapat bulu di bahagian dada. beliau juga pernah cuba utk mncukur atau memotong janggut dan bului dada tersebut tetapi gagal kerana mengalami kesakitan yang amat sangat shingga dia membiarkan sahaja keadaannya itu.

TELAN CACING UNTUK KURUS





Pelik!!!!!itulah yang berlaku pada seorang wanita yang nekad untuk menurunkan berat badannya apabila sanggup menelan cacing pita yang dibelinya melalui internet,,,

Menurut doktor yang merawat beliau berkata `beliau merasa terkejut dengan tindakan pesakitnya itu dan beliau terus menelefon pihak berkuasa kesihatan untuk meminta panduan.

Pihak berkuasa tempatan telah meminta agar wanita itu supaya mengeluarkan cacing pita yang ditelannya dengan meminum ubat yang boleh membunuh parasit berkenaan,,,

Hal ini berikutan cacing pita amatlah bahaya dan mampu untuk mendatangkan kesan sampingan terhadap pesakit, hingga boleh mengakibatkan kematian



Menurut pengarah jabatan kesihatan awam walaupon kes yang berkaitan cacing pita jarang berlaku mereka yang ingin menurunkan berat badan dinasihati supaya mengamalkan duet yang seimbang dengan mengurangkan kalori dan aktiviti fizikal yang berterusan kerana cara itu lebih baik dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


BAPA PALING TUA DI DUNIA




Bapa tertua di dunia Ramjit Raghav sekali lagi menerima gelaran tersebut apabila beliau telah mendapat anak kedua hasil perkahwinan beliau dengan Shakuntala Devi.  Encik Raghav juga dikatakan mengalahkan rekod semasa pemegang Nanu Ram Jogi, seorang petani India yang menjadi bapa kepada anak yang ke-21 pada usia 90 pada tahun 2007.

Lelaki yang berusia 94 tahun tersebut telah memberitahu pemberita rahsia beliau kekal bertenaga ialah dengan  mengamalkan makan setengah kilo mentega dan tiga liter susu setiap hari.

Encik Raghav, yang berasal dari Haryana di utara India, menyambut kelahiran bayi dalam keadaan gembira dan menganggap  kedatangan Karamjit  sebagai 'anugerah Tuhan'. Raghav dan isterinya Shakuntala Devi  yang berusia  40-an berkata mereka memang berharap untuk mendapatkan seorang lagi anak dan hasrat tersebut tercapai.   

Encik Raghav, yang adalah seorang ahli gusti dalam mudanya, yakin bahawa dia akan kekal sihat untuk melihat anak-anak  beliau membesar, berkata: 'Saya akan mati hanya jika ular hitam menggigit saya dan perkara tersebut mustahil terjadi jika tidak percaya lawatan saya selepas sepuluh tahun dan anda akan mendapati saya dalam penampilan yang sama tetapi beberapa doktor telah mempersoalkan kesahihan kata-kata yang disampaikan  Encik Raghav ini.


Dr Paramjeet Singh, ketua pegawai perubatan di Hospital Kharkhoda Awam, di mana bayi yang dilahirkan pada bulan November, berkata: "Setelah bayi pada usia satu tahun kemungkinan Raghav akan meniggal dunia.Encik Raghav sebenarnya mendakwa berusia lebih 100 tahun, tetapi rekod pencen yang memberikan umur sebagai 94.

 Menurut Dr. Umur Shakuntala kes ini amat jarang berlaku dan berasa terkejut kerana ujar beliau pada usia 51 tahun keatas amat tipis bagi seseorang untuk membentuk benih yang sihat.


LAWAK,,RANCANGAN TV JEPUN YANG GILA-GILA


video ni mmg lawak lah,,,kesian tgak peserta pancangan tv ney,,,,
saksikanlah cabaran yang terpaksa dorang lalui,,,,,huhuhuhuhuhu....





GEMPAR,,,,KUMPULAN PANJI HITAM CUBA TAWAN ISTANA NEGARA




 jam 4.10 suasana di istana Negara mula menjadi tegang apabila kumpulan yang menggelarkan diri mereka dengan nama  Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara datang ke istana untuk cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Kumpulan yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 2 orang wanina dengan berpakaian serba hitam telah datang ke istana dengan menggunakan 3 kenderaan yang dipasang dengan bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

OCS Travers telah bertindak membuat penahanan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan yang diniaki oleh mereka. Setelah pemeriksaan dijalankan didapati tiada senjata api dibawa oleh mereka cuma bendera dan watikah kumpulan yang dijumpai oleh anggota OCS.

3 dari 7 orang ahli kumpulan yang ditahan didapati tidak mempunyai kad pengenalan diri dan mereka berasal dari berlainan negeri berdasarkan alamat mereka.
Sebanyak 13 bendera kumpulan telah dirampas oleh pihak OCS dan mereka masih disoal siasat.

BAYI BERMATA SATU





Cyclopia adalah salah satu bentuk kecacatan  yang jarang ditemui  iaitu kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan ini akan mati dalam detik-detik pertama selepas kelahiran. Tetapi pada tahun 2006 telah berlaku sesuatu yang diluar jangkaan apabila seorang bayi cyclopia telah berjaya hidup selama 11 hari. Disebabkan  kerana keistimewaan ini bayi cyclopia tersebut telah disembah oleh masyarakat setempat kerana dianggap sebagai manifestasi fizikal tuhan.
Bagi pengatahuan pembaca Cyclopia adalah kecacatan kelahiran di mana bayi dilahirkan dengan satu mata atau dua mata di atas dahi. Kejadian tersebut berlaku hasil daripada soket orbit yang tidak betul di dalam rahim. Beberapa kes cyclopia telah dikaitkan dengan keadaan kromosom yang jarang berlaku dipanggil "Sindrom Patau" yang dikaitkan dengan orang yang mempunyai  13 kromosom .
Punca Cyclopia
Terdapat beberapa sebab-sebab yang diketahui Cyclopia di kalangan masyarakat manusia. Setiap satu daripada sebab-sebab yang berkaitan dengan jumlah toksin yang tinggi dalam badan semasa pembentukan janin. Punca pertama adalah dianggap sebagai pemakanan rumpai toksik dikenali sebagai Lily jagung atau Vetch Rumpai.
Satu lagi punca Cyclopia secara langsung berkaitan dengan alkohol dan kencing manis. Jika ibu mengambil  alkohol dan mengalami penyakit kencing manis, toksin dalam badan akan berkembang dengan cepat. Apabila toksin hadir semasa pembentukan janin, otak akan berkembang sebagai salah satu hemisfera. Dengan perkembangan otak dalam keadaan penuh toksin , maka soket orbit akan  dibangunkan sebagai satu soket bukan dua, sekali gus berlakunya Cyclopia. Ibu-ibu yang mengalami ketagihan alkohol atau kencing manis mempunyai peluang untuk membangunkan janin dengan Cyclopia 200 kali lebih besar daripada ibu-ibu yang tidak mengalami keadaan ini.


LELAKI YANG MEMPUNYAI EKOR





Dengan ekor 13-inci, Chandre Oram, seorang pekerja estet teh, telah menjadi sebagai objek ibadat di Alipurduar asalnya, West Bengal kerana mempercayai bahawa terdapat  Hanuman yang nyata di dalam tubuh beliau yang menyebabkannya mempunyai ekor seperti monyet.
Menurut Oram, beliau dilahirkan pada Ram Navami (hari jadi Tuhan Ram) menyebabkan masyarakat mempunyai tanggapan kepercayaan terhadap beliau.  “Mereka akan sembuh daripada penyakit yang teruk apabila mereka menyentuh ekor saya, saya percaya saya boleh melakukan banyak yang baik untuk orang-orang yang datang kepada saya. dengan ketaatan, "kata lelaki itu, kebiasaannya beribu-ribu orang beratur setiap hari untuk mendapatkan rahmat. Oram juga telah membina sebuah kuil berhampiran rumahnya dan membuat keputusan untuk menjadi dewa.

Walau bagaimanapun  kerana ekor tersebut, Oram telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan pengantin perempuan. "Hampir 20 wanita telah menolak cadangan perkahwinan. Mereka melihat saya dan bersetuju untuk perkahwinan tetapi sebaik sahaja  melihat ekor saya mereka terus  pergi. Tetapi saya telah membuat keputusan saya akan berkahwin dengan seorang wanita yang menerima saya dan ekor saya.  “Saya akan kekal  muda seperti Hanuman, "katanya.
Keluarga Oram sangat berbangga dengan ekornya dan telah menolak tawaran dari doktor untuk melakukan pembedahan. "Dia tidak akan hidup tanpa ekornya. Ia telah menjadi sebahagian daripada beliau," kata Rekha, kakaknya.
 Kes Oram merupakan  penyimpangan  sebuah cabang kecacatan kongenital," kata pakar bedah terkenal Dr B Ramana. Dunia perubatan mengklafikasi  kes lelaki monyet sebagai spina bifida - kecacatan pada tulang belakang yang dilindungi oleh lubang dengan banyak rambut yang menutupinya.





LAUTAN BUIH KOPI



Pernahkah anda bayangkan terdapat lautan buih kopi berada di kawasan rumah anda,,,?  Jika tidak saya ingin membawa anda semua menyingkap kejadian alam yang benar2 berlaku di New South Wales Australia,,,  fenomena semula jadi yang mengubah persisiran pantai laut ke dalam buih yang menyerupai buih kopi disebut sebagai 'Cappuccino Coast', ini amatlah menghairankan dan sangat misteri seolah-olah seperti seseorang yang telah dicurahkan banyak kopi dan susu cappuccino ke dalam laut, dan dihidupkan pengisar besar.

 Fenomena ini  bukan sahaja menyebabkan keseluruhan pantai  ditenggelami oleh buih, tetapi turut menyebabkan  bangunan-bangunan yang berhampiran dan pusat penyelamat tempatan diselimuti oleh buih di pantai. Orang ramai turut menikmati keajaiban fenomena ini dengan membiarkan diri mereka ditenggelami oleh buih-buih tersebut.




Pandangan di pantai pula memperlihatkan buih yang berkrim kembang. Buih yang terhasil  adalah disebabkan oleh kekotoran yang terpancut keluar dari gelombang itu. Antara kekotoran utamanya ialah garam, bahan kimia, ikan reput, tumbuh-tumbuhan mati dan kumuhan daripada rumpai laut.


Kesemua bahan2 ini dikacau bersama-sama dengan arus yang kuat menyebabkan mereka  membentuk buih dan kemudian terbawa ke pantai. Semakin kuat pusaran itu, maka banyak buih yang akan terhasil. begitulah bagaimana Ocean Sea buih terbentuk. Buih2 ini  agak sejuk apabila disentuh ,,Walaupun, buih2  pantai ini rasanya tidak  sebaik kopi anda tetapi ia cukup memberikan kita kepuasan apabila melihatnya,,,,

Saksikanlah video ini bagi menghayati bagaimana fenomena ini berlaku….


BOLLY2 WOOD PILAH STYLE

                                        






Mungkin anda semua x p`nah tgak video yang ini,,,,Video ini memang menarik dan kreatif,,,,ianya merupakan group projek pelajar2 uitm..konsep asasnya adalah bollywood gaya kuala pilah,,,


Jom saksikan video ini,,,,,,,




SENARAI 40 ORANG YANG PALING PELIK DI DUNIA








Tidak dapat dinafikan bahawa ramai manusia yang pelik yang wujud di dunia dari segi fizikal dan perilaku mereka masing-masing.

mereka ini memiliki kelebihan dan keupayaan tersendiri yang tidak ada pada manusia biasa,,,,,

video ini memparkan 40 orang manusia yang pelik di dunia.....saksikanlah video ini,,,,


BAYI KELIHATAN SEPERTI KATAK





Pada tahun 2006, bayi pelik ini dilahirkan di Charikot, ibu pejabat daerah Dolakha, menarik sejumlah besar penonton untuk menyaksikan pemandangan yang menakjubkan.

Bayi kurang leher dengan kepalanya hampir sepenuhnya tenggelam ke bahagian atas badan dan dengan bola mata yang luar biasa besar , dilahirkan di  sebuah Hospital Gaurishnkar dalam Charikot. Pasangan Karki adalah seorang pemastautin tetap Dolakha.

Bayi pelik ini bagaimanapun telah meninggal dunia selepas setengah jam lahir.  Suntali, ibu kepada bayi pelik ini yang tidak menyangka beliau telah melahirkan seorang bayi pelik yang menyerupai katak telah menjadi tumpuan orang ramai yang dating untuk melihat bayi tersebut.

Bayi seberat  2kg yang dilahirkan selepas tempoh matang sembilan bulan biasa. Suntali, merupakan seorang ibu kepada dua orang anak perempuan yang normal, tidak mengidap apa-apa penyakit semasa mengandung. Nir Bahadur, bapa, berkata, dia tidak berasa apa-apa penyesalan terhadap kematian bayi yang baru lahir itu. "Saya gembira bahawa tiada apa yang berlaku kepada isteri saya," katanya.

Menurut sumber yang didapati, melaporkan  bahawa "bayi yang mempunyai keadaan yang dipanggil anencephaly, kecacatan tiub neural (seperti bayi Cyclops), dengan tiada pembentukan otak yang betul bayi itu akan mati beberapa hari kemudian disebabkan ibu kepada bayi tersebut tidak mengambil  folat di awal kehamilan.


IBU TERMUDA DI DUNIA





Pernahkah anda mendengar berita kehamilan seorang gadis pada usia 5 tahun..? artikel saya pada hari ini adalah menyingkap kisah seorang gadis yang bernama Lina yang telah mengandung pada usia seawal 5 tahun.

Kisahnya bermula apabila seorang  wanita kasar India dari kaki bukit Andes tiba ke hospital di Pisco (Peru) dalam keadaan letih. Beliau yang yang membawa  seorang anak  gadis yang  kelihatan malu. Ketinggian gadis tersebut hanyalah  tiga kaki tinggi, dengan tocang chestnut dan abdomen sangat membonjol.

Memperlihatkan kepada kanak-kanak yang ketakutan itu, wanita India tersebut  merayu kepada doctor bedah iaitu Geraldo Lozada untukmengadakan pemeriksaan terhadap gadis tersebut kerana mengesyaki gadis tersebut mempunyai  tumor perut.

Setelah menjalankan pemeriksaan Geraldo Lozada merasa sangat terkejut apabila bonjolan yang terdapat pada gadis berusia 5 tahun itu adalah kerana gadis tersebut sudah mengandung 8 bulan.
Ini merupakan peristiwa yang diluar jangkaan kerana tidak pernah terjadi gadis yang berusia seawal 5 tahun sudah mengalami proses akil baligh dan mampu untuk mengadung.

Bagi mengesahkan akan peristiwa itu, Dr Lozada membawa gadis tersebut ke hospital di  ibukota Peru, sebelum melakukan pembedahan yang disertai oleh pakar-pakar seluruh Negara. Satu bulan setengah kemudian, pada 14 Mei, 1939, gadis yang dikenali sebagai Linatelah disahkan melahirkan seorang anak lelaki.

Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel La Presse Medicale, bersama-sama dengan butir-butir tambahan yang datang haid beliau telah berlaku pada 8 bulan umur, dan bahawa dia telah mempunyai pembangunan payudara menonjol pada usia 4. Pada usia 5 angka itu dipaparkan pelebaran pelvik dan kematangan tulang maju.

Anak yang yang dilahirkan oleh Lina mempunyai berat 2.7 kg (6 lb) ketika lahir dan dinamakan Gerardo sempena nama doctor yang merawat beliau . Pada awalnya Gerardo menganggap  bahawa Lina adalah kakaknya bukan sebagai ibunya tetapi  pada usia sepuluh tahun Gerardo mengatahui bahawa Lina sebenarnya  adalah ibunya. Dia membesar sihat, tetapi meninggal dunia pada tahun 1979 pada usia 40 menhidap penyakit sum-sum tulang.

Bapa Lina telah ditangkap kerana disyaki rogol dan sumbang mahram, tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti. Lina kemudian berkahwin dengan Raúl Jurado, yang menjadi bapa kepada anak kedua beliau pada tahun 1972. Mereka tinggal di kawasan yang miskin dikenali sebagai Chicago Chico ("Little Chicago").


Terdapat dua keping gambar yang disiarkan mendokumenkan kes itu. Yang pertama telah diambil sekitar awal April, 1939, apabila usia kandungan Lina berusia tujuh setengah bulan . gambar yang diambil dari sebelah kiri Lina, ia menunjukkan kedudukan beliau telanjang di hadapan latar belakang dinding sebelah rumah.

Gambar ini adalah penting kerana ia membuktikan mengandung Lina serta tahap pembangunan fisiologi beliau. Walau bagaimanapun, gambar ini tidak dikenali di luar bulatan perubatan


Walaupun kes ini dipanggil satu penipuan oleh sesetengah pihak, beberapa doktor selama bertahun-tahun telah mengesahkan ia berdasarkan biopsi, X sinar rangka janin dalam utero, dan gambar-gambar yang diambil oleh doktor menjaga beliau.