MENGGERUNKAN.... VIDEO MEMANJAT MENARA SUTRO KETINGGIAN 955 KAKI




Video ini menunjukkan pandangan dari pekerja yang memanjat banggunan yang berketinggian 955 kaki dari paras laut....

Menyeramkan apabila mereka melihat ke bawah...mereka perlu berhati2 dengan setiap pergerakan yang dilakukan,,,,adakah anda sanggup untuk membuat kerja ini,,,bagi saya walau bagi gaji 1 juta pon x nak,,,

Saksikanlah video ini... 


30 TAHUN PELURU MASIH TERTANAM DI DADA





Kisah yang ingin diceritakan ini berlaku sekitar tahun 1980. Seorang anggota tentera yang bersemangat waja bagi menyelamatkan malaysia dari ancaman komunis telah mengalami pengalaman yang memberikan kesan yang amat dalam sehingga ke hari ini. Perkara ini telah diceritakan sendiri oleh empunya badan iaitu Mohd Junoh Mohd.

Beliau yang pada ketika itu baru berusia 20 tahun telah memasuki askar dan dihantar ke kem Terendak  di melaka bagi menjalani latihan selama 2 tahun. Ketika peristiwa berlaku beliau dihantar bagi mengikuti operasi pembersihan hutan di seluruh Malaysia yang melibatkan 40 orang anggota pasukan batalion pertama rajimen Renjer di hutan Gubir, Kedah.

Mohd Junoh menyatakan bahawa ketika beliau membuat rondaan tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi tembakan bertalu-talu kearah beliau. Tersentak dengan itu beliau dan rakan-rakan telah membalas tembakan tersebut dengan komunis selama 10 minit.

Selepas berahir tembakan beliau telah bangun diikuti oleh rakan-rakan dan berasa bersyukur mereka semua selamat tanpa menyedari sebutir peluru telah menembusi dadanya kerana beliau tidak merasa kesakitan sehinggalah beliau melihat terdapat banyak darah pada baju.

Beliau telah diberi rawatan oleh rakan-rakan tetapi malangnya keadaannya bertambah teruk sehingga memaksa beliau untuk dikeluarkan dari hutan dengan segera dari hutan bagi menjalani rawatan lanjut....

Setelah tiba di hospital dada beliau telah ditebuk bagi megeluarkan darah terkumpul dalam paru-paru tetapi peluru yang berada di bahagian dada beliau tidak dapat dikeluarkan kerana jika dikeluarkan risiko untuk lumpuh sangat tinggi...jadi mereka membuat keputusan supaya peluru itu tidak dikeluarkan dan masih berada dalam dada mohd junoh sehingga ke hari ini,,,

Sekian.




SENARAI 40 ORANG YANG PALING PELIK DI DUNIA









Tidak dapat dinafikan bahawa ramai manusia yang pelik yang wujud di dunia dari segi fizikal dan perilaku mereka masing-masing.

mereka ini memiliki kelebihan dan keupayaan tersendiri yang tidak ada pada manusia biasa,,,,,

video ini memparkan 40 orang manusia yang pelik di dunia.....saksikanlah video ini,,,,
KURANG AJAR

video yang telah dihasilkan oleh seorang dan dimuat turun ke dalam youtube menyebabkan kemarahan umat islam seluruh negara.....adakah mereka ingin mencabar umat islam di malaysia,,,?

sama-sama kita saksikan...


GEMPAR...LELAKI DISAMBAR PETIR DUA KALI


Rakaman video ini menunjukkan bahawa seorang lelaki di china yang telah disambar petir sebanyak 2 kali..selepas terkena petik kali pertama lelaki ini cuba bangun dan berjalan tetapi malang beliau terkena petik buat kali kedua menyebabkan beliau tidak jatuh di tepi jalan,,,,,


MAKHLUK ANEH SELAMATKAN MANUSIA..


video ini menunjukkan bagaimana seorang manusia telah diselamatkan dari kemalangan oleh satu makhluk dengan sangat pantas....subahanallah.....adakah makhluk tersebut merupakan malaikat ,,,????

saksikanlah kejadian ini....



PENGASAS BANK MATI DITEMBAK





Mangsa yang merupakan pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi telah ditembak beberapa ratus meter dari ibu pejabat bank. Beliau telah ditembak di dada dan tulang rusuk, manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera akibat dipukul di tangan.

Rakaman CCTV menunjukkan penyerang itu adalah seorang lelaki yang memakai baju  lengan panjang dan seluar khaki.

Sumber memberitahu bahawa mangsa yang mempunyai status pemastautin tetap di Malaysia dilihat berjalan ke arah kenderaan mereka apabila lelaki bersenjata menghampiri tembakan individu dan api, membunuh dia di tempat kejadian.

Para saksi mengatakan bahawa pasangan itu telah melawat sebuah kuil di sekitar tempat letak kereta. Seorang saksi berkata, dia mendengar bunyi tembakan dan melihat pasangan itu ditembak  dan beliau melarikan diri dari tempat kejadian dalam keadaan panik.

Kemudian lelaki bersenjata, yang dilihat memakai topi dan cermin mata hitam, melarikan diri dengan menggunakan  teksi.

Wanita sepak suami


Isteri derhaka, itulah kata-kata yang dapat dilemparkan kepada seorang wanita yang bergelar isteri apabila bertindak biadap menyepak suaminya.
wanita tersebut juga sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Perkara ini berlaku berpunca apabila seorang suami telah cuba menegur sikap buruk isterinya yang gemar memburuk-burukkan ibu lelaki berkenaan yang menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Isteri beliau yang berusia 30 tahun tersebut begitu berang dan menyuruh ahli keluarganya memukul suami dan ibunya.
Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi jumaat itu, suami menceritakan semula kejadian tersebut yang bermula apabila beliau bertengkar dengan isterinya apabila dimarahi kerana menghina ibunya.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.

“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.


TETAK ISTERI GUNA PISAU SAYUR





Gara-gara menjalankan hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang wanita terpaksa menanggung seksa apabila ditikam dua kali oleh suaminya dengan menggunakan pisau sayur sebelum meminum racun rumpai dengan harapan mereka akan mati bersama dalam kejadian di sebuah rumah jalan Gazania Riam, semalam.
Namun, ternyata tindakan tersebut gagal kerana isteri beliau telah dapat diselamatkan oleh jiran. Wanita tersebut terpaksa berlari dengan keadaan berlumuran darah sambil menahan kesakitan akibat tikaman bagi mendapatkan bantuan jiran dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah malam.
Menurut maklumat yang diterima, suami wanita itu yang berusia 40-an, baru dibebaskan dari Penjara Lambir di sini, bulan lalu, selepas menjalani hukuman kerana kesalahan merompak.
Menurut sumber, ketika kejadian wanita terbabit bermalam di rumah adiknya apabila didatangi suaminya dan tercetus pertengkaran berkaitan hubungannya dengan lelaki lain manakala wanita itu pula bertegas mahu bercerai.







TAMAN TERKUTUK DI JEPUN


TAMAN TERKUTUK DI JEPUN



Taman inokashira merupakan sebuah taman yang begitu indah di jepun tetapi di sebalik keindahannya tersimpan seribu rahsia yang aneh.Sedikit info mengenai taman ini, Taman ini terletak di antara musashino dan mitaka di sebelah barat Tokyo, jepun.
              
        Tanah ini dusumbangkan oleh Tokyo pada tahun 1913 dan pada 1918 tanah ini dirasmikan oleh Inokashira.  Terdapat sebuah kuil kecil yang terdapat di taman ini bagi tujuan memuja Benzaiten. Benzaiten merupakan nama jepun bagi Dewi  Saraswati dalam kepercayaan hindu. Benzaiten diyakini merupakan dewa yang sangat cemburu dan akan memutuskan hubungan pasangan kekasih yang menaiki perahu di tasik yang terdapat di taman ini.

Taman ini mempunyai suasana yang sangat damai dan sesuai sekali jika bersama kekasih hati. Namun begitu, perkara itu mungkin mustahil di lakukan di taman ini kerana mengikut kisah tentang taman ini apabila seorang membawa kekasih menaiki perahu bersama-sama mereka maka hubungan mereka akan segera putus sebaik saja pulang dari taman ini. Ini kerana mengikut kepercayaan shinto Benzaiten merupakan seorang dewa wanita dengan nama Ichikishima-hime-no-mikoto

Langkah Bagi Melahirkan Pelajar Minda Kelas Pertama






1.0  Pengenalan



Pendidik atau guru adalah kerjanya mengajar (Kamus Dewan Edisi Empat, 2007), di mana secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar di sekolah dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan pengaruh melalui kepakaranya serta lebih mengenali pelajarnya. Dalam Bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris, yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib, al-Mursyid. Al-mu’allim bermaksud menyampaikan ilmu yang benar.


Dalam memastikan saya dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi warganegara. Oleh itu, dalam memastikan segala kerja buat saya lebih efisien dan mencapai matlamatnya saya akan melaksanankan kegiatan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Mewujudkan Budaya ICT kepada pelajar. Saya juga cuba mencemerlangkan diri saya dalam pelbagai bidang untuk memastikan saya dapat memberi khidmat terbaik kepada pelajar kerana saya perlu menjadi role model kepada pelajar. beberapa langkah proaktif telah saya ambil.






Saya banyak mengikuti kursus dalam pelbagai bidang demi memantapkan kemahiran dan pengetahuan saya di samping meningkatkan motivasi bagi menghasilkan sebarang keputusan yang lebih baik. Saya juga dianugerahkan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang ramai yang boleh saya manfaatkan sepenuhnya. Saya sering berbincang dengan rakan-rakan yang arif dan berkemahiran dengan mengukuh dan memperkaya kemahiran dan pengetahuan saya.
                                                                                               

2.0    Langkah Pendidikan

2.1    Fizikal dan Estetika



Dalam menjana insane yang harmonis dan seimbang dalam kalangan pelajar, saya menjadikan tugas saya iaitu sebagai seorang guru sebagai medium. Dalam menjana pelajar yang berpengetahuan dan intelektual yang merupakan ciri minda kelas pertama, saya menggunakan kaedah percambahan minda atau slot brainstorming. Saya mengemukakan soalan-soalan yang mumpu meningkatkan pengatahuan dan tahap penilaian mereka seperti siapakah perdana menteri Malaysia, apakah rukun Negara, sebutkan nama negeri-negeri di seluruh Malaysia. Mereka akan mengeluarkan pendapat apabila disoal secara spontan. Keadaan ini menjadikan mereka sentiasa bersedia dengan pengetahuan dalam pelbagai isu yang akan diajukan kepada mereka. Selepas itu saya akan mengemukakan pendapat bagi memberi ulasan atau penggulungan bagi setiap pendapat yang dikemukakan. Hasil daripada aktiviti ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai penmgetahuan yang luas dalam bidang-bidang tertentu dan secara langsung dapat mematangkan mereka dengan lebih cepat berbanding usia sebenar mereka iaitu 4 dan 5 tahun. Suatu masa nanti mereka akan menjadi pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dengan lebih efisien dan cepat. Apabila mereka beerpengetahuan dan mempunyai daya intelektual yang tinggi, mereka akan mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan negara.


Melalui pembelajaran tunjang fizikal dan estetika juga saya berjaya melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis. Saya dikenali oleh pelajar-pelajar saya sebagai salah seorang guru yang mengamaalkan kaedah pengajaran Mestamu (Melodi sajak tanpa muzik). Pelajar diminta memainkan alat improvisasi bagi mengiringi nyanyian dengan di bimbing oleh saya bagi pelajar berumur 4 tahun dan bagi pelajar berumur 5 tahun pula mereka perlu memainkan alat improvisasi bagi menghasilkan musik atau mengiringi nyanyian dibawah bimbingan saya. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan merangsang pelajar menjadi lebih kreatif dan kritis kerana mereka berupaya mengadaptasi musik dengan baik. Saya akan memberikan hadiah sama ada berupa wang ringgit atau hadiah-hadiah lain seperti pen kepada pelajar yang berjaya menyampaikan musik tersebut dengan baik. Selain itu, saya juga telah menerapkan nilai-nilai kreatif menerusi drama yang memerlukan para pelajar melakukan satu bentuk lakonan dan gerakan kreatif bagi menghasilkan sebuah drama yang menarik. Hal ini memerlukan para pelajar berusia 4 tahun untuk berlakon dengan menggunakan props iaitu menggunakan pakaian seperti scarf, pakaian seragam, puppet dan bagi pelajar yang berumur 5 tahun pula, mereka perlu menghasilkan bunyi untuk memberi kesan kepada situasi seperti cerita dan puisi. Bagi meningkatkan lagi tahap kreatif pelajar, saya akan meminta mereka untuk menzahirkan idea dalam menghasilkan karya yang juga dikenali sebagai Ekspirasi kreatif. Menerusi aktiviti ini saya meminta para pelajar yang berusia 4 tahun membuat corak dan rekaan yang mudah tetapi kreatif melalui pelbagai aktiviti berbeza dengan pelajar yang berumur 5 tahun yang perlu menghasilkan karya yang menggabungjalinkan pelbagai teknik menggambar. Melalui aktiviti sebegini sedikit sebanyak mampu memupuk atau membentuk seorang pelajar yang berfikiran kreatif dari seawall usia 4 tahun. Harapan saya pada masa hadapan anak-anak didik saya mampu menjadi modal insane yang mampu menghasilkan sesuaatu dengan menggunakan sumber yang ada demi kepentingan semua pihak seperti Steve Lewenhook yang hanya seorang pedagang gelas tetapi mampu mencipta mikroskop. Apabila mereka keatif dan kritis maka mereka juga mempunyai focus atau mempunyai matlamat yang jelas dalam menghasilkan sesuatu.






2.2             Kokurikulum



Sebagai seorang guru, aktiviti kokurikulum akan dilakukan bersama anak murid saya hampir setiap hari bagi memastikan tahap kecergasan para pelajar. Hal ini kerana para pelajar yang memiliki tahap kecergasan yang tinggi mampu untuk membentuk dan meningkatkan pemikiran yang lebih cerdas. Jadi bagi Saya seorang guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar saya untuk menyertai dan melibatkan diri dalam bidang sukan. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan penglibatan anak murid saya dalam aktiviti sukan agak menonjol. Saya juga berjaya melahirkan pelajar patriotic dan bersemangat juang tinggi yang dikatakan sebagai antara ciri minda kelas pertama melalui penglibatan anak murid saya dalam pelbagai bidang sukan. Semasa saya menjalankan aktiviti sukan bersama mereka saya sering memberi motivasi kepada mereka dengan menceritakan mengenai kejayaan jaguh sukan Negara dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa bagi memupuk semangat mereka.


Selain itu, melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah, saya dapat melihat bakat anak-anak murid saya yang mampu bersaing dengan pelajar dari sekolah lain di seluruh daerah. Oleh sebab itu, saya telah mengajar mereka dan membawa mereka ke pertandingan peringkat daerah. Hasilnya murid-murid saya telah Berjaya memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan. Semua kejayaan tu adalah hasil daripada motivasi saya supaya mereka dapat bermain dengan bersungguh-sungguh demi manaikkan nama sekolah, daerah, dan seterusnya negeri dan Negara pada masa hadapan sekiranya mereka mampu mengaplikasikan semangat ini sehingga dewasa.


Mereka juga tidak mudah mengalah dan mempunyai semangat juang yang tinggi Saya mahukan anak didik saya patriotic seperti Kamikaze yang sanggup mati demi Negara Jepun dan mereka seharusnya berpegang kepada prinsip biar putih tulang jangan putih mata. Buktinyaa nyata apabila Wan Hafizullaah bin wan Mnsor yang pernah mewakili negara dalam hoki telah berjaya melamjutkan pelajarn ke Ireland dalam bidang perubatan dan kini bliau telah kembali ke tanah air untuk berbakti sebagai doctor di Negara sendiri. Apabila mereka bersemangat patriotic, mereka mempunyai kesedaran kendiri yang utuh bahawa mereka amat bertuah memilik Negara yang bernama Malaysia jika dibandingkan dengan Negara-neegara lain yang huru-hara.Harapan saya pada masa hadapan mereka akan menjadi pemimpin yang mampu memberikaan idea-idea yang bernas untuk kemajuan Negara. Saya mahukan pelajar saya menjadi seperti Tun Dr mahathir yang mampu memberikan idea yang bernas demi kemajuan Negara.



2.3 Meningkatkan tahap kebolehan komunikasi terhadap pelajar



Tugas saya dalam menjana pelajar yang berguna, sempurna dan menjadi warganegara yang baik tidak terhenti di situ sahaja kerana banyak lagi yang perlu saya lakukan sebagai seorang guru terhadap pelajar saya bagi mencapai hasrat tersebut. Sebagai seorang guru peringkat awal kanak-kanak saya perlu memastikan kebolehan komunikasi dikalangan pelajar saya berada di tahap yang memberangsangkan. Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah Bagi pelajar yang baru berusia 4 hingga 5 tahun memang tidak boleh dinafikan mempunyai masalah dalam berkomunikasi kerana mereka masih belajar untuk bertutur dengan betul. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab saya bagi mengajar mereka bertutur dengan betul dan memahami percakapan dan arahan yang diberikan. Untuk tujuan itu, saya telah mendidik para pelajar saya dengan sukatan pembelajaran yang disediakan oleh pihak kemas yang diyakini mampu meningkatkan tahap pertuturan para pelajar dalam berkomunikasi. Dalam menjalankan sukatan pelajaran ini saya telah menggunakan pelbagai teknik dan cara yang sesuai bagi pelajar berusia 4 hingga 5 tahun iaitu saya penekanan terhadap 3 kemahiran berkomunikasi seperti kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang perlu saya beri keutamaan dalam mengajaran saya. Saya telah menggunakan teknik soal jawab dengan pelajar yang para pelajar berdasarkan tema, minat dan situasi semasa secara spontan dan melafazkan pantun yang mudah secara berirama kepada pelajar yang berusia 4 tahun dan membuat sesi soaljawab dengan ayat yang mudah dan melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.


Seterusnya ialah kemahiran membaca, saya telah menggunakan beberapa teknik yang boleh memudahkan proses pembelajaran pelajar dalam mencapai tahap yang ditetapkan. Teknik pertama yang saya gunakan ialah membaca secara kuat. Membaca secara kuat adalah aktiviti yang berfaeadah bagi mempertingkatkan ketepatan pembacaan dan juga kelancaran membaca kanak-kanak. Seterusnya ialah kaedah membaca secara bergilir-gilir. Melalui kaedah ini saya akan memberi teks yang sama kepada semua pelajar dan menyuruh mereka membaca ayat yang mudah secara bergilir-gilir. Teknik ketiga ialah membaca secara berirama. Bacaan berirama adalah teknik membaca bersama-sama secara berkumpulan. Untuk membaca secara berirama, murid-murid menggunakan buku yang sama ataupun dapat melihat bahan bacaan dengan jelas semasa membaca. Pemilihan buku perlu sesuai iaitu teksnya tidak terlalu panjang dan sepadan dengan tahap pembacaan murid. Buku yang berunsur penekaan dan pengulangan seperti bahan berbentuk puisi amat sesuai digunakan kerana mudah untuk dibaca oleh murid. Saya akan menunjuk cara bacaan yang lancar terlebih dahulu kemudian bacaan diikuti oleh murid secara beramai-ramai. Teknik seterusnya adalah membaca secara berpasangan. Teknik ini memerlukan pelajar untuk membaca secara berpasangan, murid yang lancar boleh dipasangkan dengan murid yang kurang lancar. Kebaikan aktiviti ini ialah kanak-kanak yang lebih lancar akan membantu dalam mengecam perkataan, memberi respon dan galakan terhadap bacaan pasangannya. Murid yang lemah dan kurang lancar pula akan berlatih membaca sehingga memperolehi kelancaran. Hasil daripada kesemua teknik yang saya praktikkan kepada murid-murid saya, saya dapat melihat perubahan yang memberangsangkan terhadap tahap kemahiran membaca mereka daripada semasa ke semasa. Menerusi kaedah-kaedah ini, para pelajar saya juga telah mencapai kejayaan dan pencapaiaan yang memberangsangkan dalam pertandingan bercerita bahasa melayu dan juga inggeris di peringkat daerah dan juga salah seorang dari pelajar saya telah mewakili daerah dalam kejohanan bercerita peringkat negeri.


Selain itu, saya juga telah mempraktikkan kemahiran menulis terhadap para pelajar saya. Kemahiran menulis juga penting dalam membentuk seorang pelajar yang cemerlang. Bagi kemahiran menulis sukatan pelajaran yang perlu saya gunakan terhadap para pelajar saya ialah mereka perlu menulis huruf kecil dengan cara yang betul bagi pelajar yang berusia 4 tahun dan menyalin perkataan dengan cara yang betul bagi pelajar berusia 5 tahun. Jadi lengkaplah 3 kemahiran yang terdapat dalam cara komunikasi yang perlu saya ajarkan terhadap para pelajar saya dalam usaha membentuk pelajar yang cemerlang selaras dengan matlamat pendidikan Malaysia. Saya juga berharap pelajar-pelajar menggunakan ilmu yang saya berikan untuk lebih maju dan dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana setiap seorang yang Berjaya dalam kehidupan merupakan seorang yang mampu berkomunikasi dengan baik dan bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang membaca. Bagi membentuk jati diri dan semangat mereka, saya selaku guru telah memberi sedikit rangsangan berbentuk penceritaan mengenai pemimpin Negara yang telah berjaya menerpa nama dalam bidang masing-masing.



 2.3  Penjagaan kesihatan
           
           

Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, saya perlu memberi pendidikan mengenai penjagaan kesihatan iaitu menerusi subjet fizikal dan estetika yang menerangkan mengenai kepentingan penjagaan diri dalam kehidupan seharian. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang boleh menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di tadika kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensil atau berus untuk menulis, melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Selain itu, pelbagai langkah-langkah yang perlu diambil oleh para pelajar bagi menghalang penyebaran kuman yang boleh menyebabkan pelajar mengalami masalah kesihatan. Pendidikan di tadika menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Kemahiran ini digunakan oleh para pelajar iaitu dalam pelbagai lagi aspek kehidupan seperti memegang sudu dan garfu, memakai butang pada pakaian, menjahit, menggunakan komputer, mendail pada telefon dan banyak lagi. Oleh itu,saya perlu mengajar kepada mereka cara menggunakan jari untuk mengoyak bebas, menggunakan tangan untuk renyuk kertas dan meramas. Seterusnya ialah kemahiran kesihatan fizikal iaitu kemahiran menjaga kebersihan diri. Kemahiran ini memerlukan saya untuk mengajar para pelajar saya mengamalkan cara menjaga kebersihan diri dengan betul, menggosok gigi dengan cara yang betul, cara mencuci tangan yang boleh dibuat semasa waktu makan, selepas ke tandas, dan selepas bermain. Seterusnya adalah aspek keselamatan, saya akan meminta para pelajar menyatakan objek atau bahan yang boleh mendatangkan bahaya, menjalankan simulasi semasa menghadapi situasi bahaya dengan menggunakan langkah-langkah seperti menjerit, lari dan memberitahu orang tua dan menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.


Aspek seterusnya adalah kesihatan persekitaran yang memerlukan para pelajar mempelajari kebersihan pakaian, membersihkan sapu tangan dan sarung kaki dan membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan. Selain itu, saya juga sering menekankan mengenai kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat bagi para pelajar dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan para pelajar. Hal ini kerana melalui pemakanan yang berkhasiat dan seimbang para pelajar mampu memporoleh banyak nutrient seperti vitamin, mineral, protein dan karbohidrat yang membantu pertumbuhan kanak-kanak dan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian serta membolehkan sistem-sistem di dalam badan berfungsi dengan sempurna. Murid-murid yang mendapat cukup zat makanan dan dalam keadaan persekitaran yang baik juga akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum. Hal ini amat penting bagi memastikan seorang pelajar membesar dengan mencapai tahap kesihatan dan kecerdasan otak yang tinggi bagi membantu mereka menjadi seorang pelajar yang cemerlang.



2.4   Sains dan Teknologi

            

Dalam melahirkan para pelajar yang seimbang dan sempurna dalam pelbagai bidang pembelajaran sains dan teknologi tidak boleh diketepikan dalam sukatan pelajaran awal kanak-kanak. Hal ini kerana subjek sains dan teknologi sangat penting dalam kehidupan pada zaman ini dan merupakan satu bentuk ilmu yang memerlukan kita berfikir secara menyeluruh tentang apa yang terjadi disekeliling kita. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan bahawa sains dan matematik merupakan satu subjet yang paling penting untuk diajarkan kepada setiap murid. Bagi pengajaran matematik pada peringkat awal saya akan mendedahkan para pelajar dengan bentuk dan ruang dengan meminta mereka menyatakan kedudukan sesuatu objek dalam ruang sama ada depan, belakang, atas, bawah, atau dalam dan mengenalpasti anggota badan kiri dan kanan. Seterusnya ialah konsep waktu, iaitu saya akan membantu para pelajar untuk memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian dengan meminta para pelajar menyatakan waktu untuk menjalankan aktiviti dan menyatakan bilangan hari dalam seminggu. saya juga mengajar para pelajar saya bagi menentukan nilai mata wang yang berlainan nilai dan member jumlah wang yang tepat dalam situasi jual beli. Melalui semua ilmu matematik yang saya berikan kepada para pelajar saya mengharapkan supaya para pelajar akan menjadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang merupakan seorang ahli perniagaan yang Berjaya dan banyak berjasa kepada Negara, bangsa dan agama.


Selain itu, ilmu sains juga turut diajar dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. ilmu sains yang memerlukan pemikiran yang luas terhadap persekitaran akan membantu para pelajar meningkatkan perkembangan minda mereka. Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai kanak-kanak didapati adalah dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, idea mungkin nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan idea mereka agak mantap dan agak sukar untuk diubah. Saya perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli sains. Oleh itu, saya akan melatih mereka berfikir perkara yang berlaku di sekeliling mereka seperti meneroka bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih. Saya akan meminta pelajar untuk membandingkan daun berdasarkan bentuk, saiz dan juga warna disamping memerhati dan merekodkan proses percambahan biji benih dan pertumbuhan anak benih dari segi ketinggian dan pertambahan daun. Selain itu, bagi menarik lagi minat para pelajar, saya akan menunjukkan eksperimen yang saya hasilkan supaya menjadi perangsang kepada mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang sesuatu kejadian di sekeliling mereka. Saya juga turut memberi tunjuk ajar kepada murid-murid berkaitan penggunaan teknologi. Seperti yang kita sedia maklum penggunaan teknologi begitu pending dalam kehidupan masa kini kerana dapat membantu manusia dan memudahkan urusan manusia. Oleh itu, saya sering memberi pendedahan kepada para pelajar saya cara menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan pembelajaran. Saya akan meminta menyuruh mereka bagi menggunakan teknologi yang mudah dibawah pemerhatian saya seperti menggunakan tetikus, menekan suiz untuk menggunakan radio, dan menukar siaran televisyen. Saya berharap menerusi penerapan ilmu teknologi maklumat ini dapat membantu para pelajar dalam menjadi seorang yang berguna kepada Negara. Saya juga ingin melihat kanak-kanak yang merupakan generasi muda ini akan membangun selaras dengan kemajuan teknologi terkini dan menjadi pencipta kearah pembanggunan Negara yang maju dan berteknologi tinggi pada suatu hari nanti.


2.5  Kemanusiaan

           

Pembentukan pelajar yang sempurna daripada pelbagai aspek juga memerlukan penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan perilaku yang terpuji. Perbentukan nilai-nilai kemanusiaan memang seharusnya dilakukan dari usia muda bagi memudahkan penyerapan nilai ini ke dalam jiwa setiap pelajar seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Melalui subjet ini saya akan cuba menerangkan beberapa faktor penting yang harus mereka lakukan dan ketahui menlingkupi semua yang berkaitan dengan diri mereka dalam meningkatkan jati diri yang tinggi seperti pemahaman mengenai diri, keluarga, rakan, sekolah, komuniti, alam sekitar, warisan budaya, dan Negara. Bagi memastikan mereka mengenali siapa diri mereka sebenarnya saya akan meminta mereka supaya memberitahu tentang umur, jantina, bangsa, hobi dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Saya juga akan menyoal ahli keluarga yang terdekat dan gelaran ahli keluarga yang terdekat. Seterusnya saya akan meminta mereka bagi menceritakan mengenai rakan-rakan mereka yang paling akrab disamping menceritakan mengenai persekitaran di kawasan sekolah. Selain itu, menerusi subjet ini saya akan menyerapkan nilai-nilai murni tentang kepentingan bergaul mesra dengan masyarakat dan amalan tolong menolong sesama masyarakat setempat. Kepentingan menjaga alam sekitar juga amat dititikberatkan oleh saya iaitu bagi melahirkan perasaan cinta akan keindahan alam sekitar dengan menceritakan kepentingan alam sekitar yang bersih dan indah terhadap kehidupan manusia. Saya juga akan menceritakan dan mendedahkan mereka dengan pakaian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tahap penerimaan pelajar bagi pembelajaran mengenai warisan bangsa dan budaya boleh dicapai secara bersepadu melalui aktiviti bertemakan perayaan. Seterusnya saya akan menerapkan nilai-nilai murni terhadap semangat cinta akan Negara ke dalam diri para pelajar dengan menunjukkan cara yang betul bagi menghormati bendera Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia dan meminta mereka berdiri tegak sewaktu lagu negaraku didendangkan. Saya dapat merasakan menerusi penerapan nilai-nilai ini para pelajar akan dapat menamam sifat cinta akan tanah air dan bersedia mempertahankan Negara pabila mereka sudah dewasa kelak. Hal ini kerena mereka telah dibentuk dengan perasaan hormat dan berbangga menjadi rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi. Saya juga berharap mereka akan menjadi wira Negara yang sanggup menggadaikan nyawa demi keamanan dan kemakmuran Negara yang tercinta ini.



 3.5  Kerohanian, Sikap dan Nilai

Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan dan merupakan tanggapan kepada perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Penerapan nilai murni berlaku melalui strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran. Fakta- fakta sejarah dan cerita-cerita umpamanya akan dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai tertentu. Selain itu, nilai-nilai murni ini juga dapat diterapkan kedalam diri para pelajar menerusi amalan displin. Amalan displin ini mampu mendidik para pelajar menjadi seorang yang mematuhi masa dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga bertanggungjawab untuk menerapkan nilai kepercayaan kepada tuhan yang merupakan faktor penting dalam pembentukan akhlak terhadap para pelajar. Oleh itu, saya sering memberi didikan kepada mereka mengenai perbezaan ciptaan tuhan dan rekaan manusia. Saya juga akan membimbing mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam setiap perkara yang mereka lakukan seperti menyiapkan semua tugasan, menjaga harta benda dan menjaga kebersihan diri. Bagi meningkatkan lagi tahap moral dan nilai murni para pelajar, saya perlu mengajar mereka sifat kejujuran, bertoleransi, keadilan, kerajinan, dan bekerjasama. Menerusi pendidikan Islam pula akan akan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa al-Quran, huruf hijaiyah dan jawi serta menghafal beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain. Saya merasakan bahawa pengajaran sukatan pelajaran kerohanian, sikap dan nilai sangat berkesan dan sesuai digunakan bagi tujuan mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik dan sempurna.
                       


3.6  Tunjang Keterampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi






Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pendidikan di tadika kemas dapat memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain. Dalam Kurikulum Pendidikan Islam, perkembangan sosioemosi memberi focus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri, diikuti pula dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami kesepaduan, emosi dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu tunjang ini perlu disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira untuk belajar.




4.0 Penutup

           

Marilah kita sama-sama berdoa agar para pelajar hari ini menjadi insane yang cemerlang dan sempurna kerana masa depan Negara terletak di tangan mereka. Tugas untuk menjana insane yang sempurna ini terletak di pundak atau bahu pendidik seperti saya. Kita mahukan rakyat kita seperti negara Jepun yang mampu membangunkan semula negera mereka walaupun pernah menjadi padang jarak padang terkukur pada tahun 1942 angkara bom atom di Hiroshima dan Nagasaki lantaran mempunyai modal insane minda kelas pertama.


Namun demikian, dalam menghasilkan insane yang harmonis dan seimbang yang mempunyai ciri-ciri holistic banyak rintangaannya. Selagi sikap sesetengah pihak yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan (exam oriented) tidak diubah, selagi itu usaha murni ini akan hanya tinggal khayalan. Sistem pendidikan kita tidak pernah silap kerana matlamat untuk melahirkan insan yang holistic dan seimbang ini ada dinyatakan dalam Falsafah pendidikan Negara dan ditambah lagi dengan lima teras dalam Pelan Induk pembangunan Pendidikan Nasional (PIPP) 2006-2010.






Inisiatif kerajaan memepruntukkan markah 10% dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke IPT wajar dipuji. Usaha ini juga perlu ditambah dengan memperuntukkan markah juga untuk sahsiah. Pencapaian seorang pelajar sepanjang persekolahan dikira juga mengelakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh ketika peperiksaan awam juga dapat melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa seterusnya melahirkan pelajar yang holistic kecemerlangannya.







BAPA JAHIT MULUT ANAK DENGAN TALI PANCING




Jika diperkatakan mengenai penderaan kanak-kanak boleh kita katakana sebagai perkara yang  telah lama wujud di Malaysia bahkan di luar negara. Hal ini telah menyebabkan ramai kanak-kanak di luar sana yang terdedah kepada gejala penderaan ini yang secara tidak langsung akan memberi kesan dari segi fizikal mahupun mental.
Terbaru kes penderaan kanak-kanak yang hangat diperkatakan di Negara china iaitu seorang bapa sanggup untuk menjahit mulut anaknya dan membiarkanya kelaparan. Perbuatan bapanya terbongkar apabila penduduk menemui  Xiao Li merayau-rayau di jalan raya. Ketika dijumpai oleh orang ramai kanak-kanak ini bercakap seorang diri dan berasa takut apabila ramai yang mendatanginya.
Sewaktu pemeriksaan doctor dibuat keatas Xiao Li, mereka mendapati selain dijahit mulut kanak-kanak ini juga dipaksa melutut diatas lantai yang dipenuhi dengan gelas yang pecah dan turut tergantung dengan kaki ke atas, sebelum dipukul dengan tali dan rotan. Selain itu juga, bahagian badan kanak-kanak tersebut dipenuhi dengan kesan  parut melecur dan kesan suntikan.
Kita boleh lihat betapa teruknya manusia zaman ini yang sanggup mempelaku anaknya sendiri sedemikian rupa sedangkan binatang sayangkan anak ini pula manusia,,,,jelas sekali perbuatan ayah kepada bayi tersebut lebih teruk berbanding binatang.   

MANUSIA YANG TIDAK PUNYA STATUS JANTINA





Seorang rakyat negara Britain telah diumumkan sebagai manusia pertama dalam dunia yang tidak mempunyai status jantina selepas beliau menjalani pembedahan bagi membuang alat kelamin,
Norrie pada mulanya dilahirkan sebagai seorang lelaki tetapi telah membuang zakar beliau untuk memjadi seorang perempuan. Setelah itu, beliau merasakan menjadi seorang wanita amatlah sukar  dan tidak bahagia dan memutuskan untuk menjadi seorang yang  “neuter”  
Mengikut Norrie beliau memilih untuk menjadi seorang yang tidak punya jantina kerana merasa senang dan merupakan jalan penyelesaian yang sederhana yang mampu dilakukan olehnya.



BAYI DALAM BATANG PAIP
Zalim,,,ini lah sahaja perkataan yang dapat disebut bagi perbuatan yang keji dan terkutuk apabila seorang ibu yang baru melahirkan bayi sanggup membuang anaknya kedalam saluran paip tandas di sebuah kediaman di Bandar jinhua sebuah kawasan mewah Zhejiang,china.Suatu perkara yang amat memeranjatkan apabila mangsa iaitu bayi tersebut masih berada dalam keadaan selamat dan bernyawa. Perkara ini berlaku apabila penduduk kawasan tersebut mendengar suara tangisan bayi malang tersebut.
Sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat laporan dari orang ramai. Pasukan bomba terpaksa memotong batang paip yang berukuran 10 sentimeter yang terletak betul-betul dibawah sebuah tandas selepas bayi berkenaan tersekat di dalamnya. Salah seorang anggota bomba telah cuba menarik keluar bayi berkenaan tetapi menemui kegagalan. Kesudahannya mereka terpaksa memotong dan memecahkan batang paip tersebut bagi memastikan bayi tersebuh terselamat.
Bayi ini juga telah diberikan nama jolokan `bayi nombor 59` sempena nombor ankubator…pihak polis telah menyiasat kes ini dan menahan seorang wanita yang mengaku bahawa bayi tersebut adalah anaknya dan dia berbuat demikian kerana tiada wang bagi menanggung kos pengguguran….
Saksikanlah video yang sungguh mencemaskan ini…



Dr. Zakir Naik


video ini memaparkan program Bicara yang menjemput Dr. Zakir Naik untuk membincangkan mengenai cabaran utama umat islam yang ditindas dan cara bagi mengatasinya.....

EMPAT MENANGIS SEORANG KETAWA

Inilah suatu yang boleh digambarkan mengenai kes empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan “saya hina Islam”.. entah apa yang telah t`jdi kepada umat islam yang telah ditindas dalam Negara islam,,,,salah siapakah semua ini,,,????

Bagi saya perkara ini merupakan salah kita semua umat islam yang berpecah belah dan membenarkan orang kafir menindas kita semua,,,,,adakah orang islam tidak sedar lagi bahawa orang bukan islam sedang menanti kehancuran kita,,,,jadi kita haruslah bersatu demi menegakkan syiar islam di bumi Malaysia yang tercinta ini…


Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.
Dua lagi suspek masih bebas lapor Malaysiakini. Menurut peguam negara, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan tersebut.Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.

Empat yang didakwa – Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27. Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.


*        
*       Mengadu cederakan
*        





Seksyen 3 berkaitan percubaan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan. Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm.
Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.
Ekoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.
Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: “Allahu Akhbar”.
Ng (kanan), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan “saya hina Islam” di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya.


MONA FANDEY



Jika mendengar namanya mesti anda teringat akan kekejaman beliau membunuh seorang wakil rakyat iaitu Datuk Mazlan Idris yang merupakan adun kawasan Batu Talam,Raub Pahang yang telah menjadi satu kes jenayah yang paling ngeri yang membabitkan tokoh politik tanah air.
 Pembunuhan ini juga dikatakan telah dirancang dengan sangat teliti dengan persediaan yang dilakukan oleh mona dan suaminya. Mengikut maklumat yang diberi datuk mazlan telah dibunuh antara pukul 10.00 hingga 12.00 malam 12 julai 1993.Tujuan pembunuhan dilakukan adalah bagi mendapatkan wang.  
Datuk Mazlan dikatakan meminta khidmat Mona Fandey yang mempunyai kepakaran dalam ilmu batin bagi membantu beliau mendapatkan kekebalan dan mengukuhkan kedudukan dalam politik. Saksikanlah kisah beliau dalam video ini,,,,,,,,,,

PART 1


PART 2

TERUK,,,,ISLAM TAPI TAK MENGAKU,,,,

Video ini menerangkan mengenai seorang wanita yang didatangi oleh Jabatan Agama bagi memastikan semua yang berada dalam tempat tersebut bukan orang muslim……wanita ini kelihatan selamba dengan menjawab tiada muslim didalam tetapi sebenarnya beliau adalah muslim,,,,



PEMIKIRAN SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

BIODATA SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilahirkan di dibogor, Jawa Barat, pada tanggal 5 september 1931. Beliau merupakan adik kandung kepada Prof. DR. Hussein Al-Attas, seorang ilmuwan dan pakar sosiologi di Univeriti Malaya, Kuala Lumpur. Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah AL-Attas, sedang ibunya bernama Syarifah Raguan Al-Idrus, keturunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat. Ayahnya berasal dari Tanah Arab (keturunan Hadrami – Arab hadramaut, Yaman) yang salasilahnya merupakan keturunan ulama dan ahli tasawuf yang terkenal dari kalangan sayid.
Latar belakang pendidikan (formal) Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (selanjutnya akan disebut Al-Attas), yang kami ketahui bermula sejak beliau berusia 5 tahun. Ketika beliau berada di Johor Baru, tinggal bersama dan di bawah didikan saudara ayahnya Encik Ahmad, kemudian dengan Ibu Azizah hingga perang dunia kedua meletus.
Pada tahun 1936-1941, ia belajar di Ngee Neng English Premary Schoool di Johor Baru. Pada zaman Penjajahan Jepun, beliau kembali ke Jawa Barat dan menetap di sana selama 4 tahun. Ia belajar agama dan bahasa Arab Di Madrasah Al-Urwatul Wutsqa di Sukabumi, Jawa Barat Pada tahun 1942-1945. Tahun 1946 ia kemabali lagi ke Johor Baru dan tinggal bersama saudara ayahnya Engku Abdul Aziz (menteri besar Johor waktu itu), lalu dengan Datuk Onn yang kemudian juga menjadi Menteri Besar Johor (Dato Onn merupakan Presiden UMNO pertama). \
Pada tahun 1946, Al-Attas melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Baru tahun 1946-1949. Kemudian, beliau menyertai angkatan tentera (1952-1955) sehingga pangkat Letnan. Namun, kerana kurang berminat akhirnya beliau keluar dari tentera dan melanjutkan kuliah di University Malaya tahun 1957-1959, seterusnya melanjutkan pelajarannya di Mc Gill University, Montreal, Kanada, dan mendapat gelar M. A. Tidak lama kemudian, beliau melanjutkan lagi pada program pascasarjana di University of London tahun 1963-1964 hingga mendapat gelar Ph. D.


PEMIKIRAN  SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Sebagai seorang pendukung aliran tradisionalisme, al-Attas jelas berpegang kepada tradisi sufi yang mengakar dari sejak al-Junayd  dan al-Ghazzali  sehingga Hamzah Fansuri  dan al-Raniri .  Membaca pemikiran Sufi al-Attas, dapat dipastikan bahawa tradisi Sufi yang beliau fahami tidak sama dengan tasawwuf yang difahami oleh masyarakat pada hari ini.
 Bagi al-Attas, tasawwuf adalah amalan Shari‘ah dalam maqam iÍsan.  Namun demikian al-Attas menggariskan perbezaan di antara pseudo-sufi, sufi yang jahil dan sufi cendekiawan. Beliau menyelar sebagian penulis yang memukul rata tasawwuf, kerana tasawwuf dan sufisme selalu disalahfahami. Baginya ajaran para pseudo-sufi, seperti para sofis (sufasta’iyyah) dan kelompok wujudiyyah itu bukan sufi yang sebenar. Begitu juga kelompok sufi yang jahil. Sufi yang benar, bagi al-Attas, mengakui bahawa agama terdiri daripada aspek-aspek yang mapan seperti Syari‘ah dan yang kabur (hakikat). Yang kabur didasarkan pada kebenaran yang jelas daripada aspek-aspek yang mapan.
Mengenai epistemologi Islam, khususnya definisi ilmu dalam worldview Islam, al-Attas menjelaskan bahawa mendefinisikan ilmu secara hadd adalah mustahil, ilmu hanya dapat didefinisikan dengan tepat secara rasm deskriptif . Dalam hal ini, beliau mengetengahkan definisi yang diberikan oleh al-Tahanawi dan al-Jurjani dan menolak pandangan ulama lain yang menggunakan pendekatan hadd dalam pendefinisian mereka. Bagi al-Attas ilmu adalah kepercayaan yang benar  iaitu keyakinan, ia adalah satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia. Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang dianugerahkan ilmu yang betul.  
Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan pendefinisian ilmu secara deskriptif  ke dalam dua bahagian. Pertama,  sebagai sesuatu yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu. Kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat diberikan sebagai tibanya jiwa  pada makna sesuatu objek ilmu.
Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekedar pengumpulan maklumat dan fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak membawanya kepada hidayah dan  jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekedar pengumpul maklumat

. Ulasan mengenai Syed Muhammad  Naquib Al-Attas
Saya berpendapat bahawa syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan seorang pemikir islam yang sering menggunakan ketajaman pemikirannya bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat islam yang berpunca dari pelbagai aspek. Syed Muhammad  Naquib Al-Attas telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam kontemporari dan pendidikan Islam amat banyak. Hal ini amat jelas dengan dengan ilmu dan pandangan beliau dengan ilmu-ilmu yang diperkenalkan. Idea dan pandangan beliau sering menjadi rujukan bukan saja oleh golongan mahasiswa tetapi juga oleh sebahagian besar para pakar dan cendekiawan pada hari ini.
Ketokohan al-Attas ini, bukan sekadar disebabkan oleh kelangkaan titel Ph.D. yang diperolehinya pada tahun 1960an dari SOAS, Universiti London, tetapi ketokohan beliau sebenarnya adalah disebabkan oleh kemantapan pemikiran beliau dan pengalaman luas dalam dunia akademik dan intelektual. Al-Attas dikenali sebagai pemikir yang lantang memperjuangkan perlunya penggunaan istilah yang tepat. Ini kerana penggunaan istilah yang salah sangat berpengaruh kepada minda masyarakat. Lebih dari itu, al-Attas juga dikenal dengan pandangan-pandangan kritis beliau untuk memperbetulkan pemahaman umat Islam terhadap konsep-konsep penting dalam Islam.

masalah anak derhaka

Video ini......


hari pertamaku

Hari ini merupakan permulaan bagi saya menceburkan diri dalam dunia blogger yang penuh cabaran dan memerlukan tumpuan yg khusus,,,,,semoga mendapat sokongan dari rakan2 semua,,,,